Tips Mudah SEO Untuk Blog.
Dan saya akan kongsikan beberapa tips mudah SEO yang saya kumpul dan telah saya gunakan untuk blog Studio Kenaria. Pesanan saya buat rakan-rakan blogger WAHM supaya jangan takut dengan SEO. Dan juga jangan pandang rendah pada kepentingannya. Jika anda mahu terjun ke dunia blog, anda perlu jadikan SEO sebagai sahabat baik anda. Kerana dengan bantuan SEO yang betul, anda akan dapat memperbaiki kedudukan dalam paparan carian search engine, tidak kira samada Google, Yahoo, Bing atau lain-lain lagi. Kenapa nak kedudukan yang baik? Jawapannya mudah saja. Kita mahukan kuantiti traffic atau kuantiti pengunjung yang lebih banyak. Sekiranya anda menggunakan blog sebagai medium perniagaan, jumlah pengunjung yang besar ini penting, kerana sebahagiannya adalah bakal-bakal pelanggan kita.
Klik untuk artikel penuh »
Labels: Nota StudioKenaria, Tips Blog, Tutorial Studio Kenaria









