8 Dec 2013

Tips Mudah SEO Untuk Blog.


Semasa saya mula kenal dunia blog, saya langsung tidak ada sebarang mentor atau guru yang membimbing cara berblog yang betul. Istilah SEO juga masih baru pada saya. Walaupun terdapat banyak sumber yang memberi khidmat penyediaan SEO tetapi kita perlu membayarnya. dan dengan modal yang terhad sudah tentu saya tiada pilihan selain membuatnya sendiri. Jadi saya usahakan dengan mencari bahan bacaan sebanyak mungkin melalui carian internet dan juga melalui perbincangan dengan suami.

Dan saya akan kongsikan beberapa tips mudah SEO yang saya kumpul dan telah saya gunakan untuk blog Studio Kenaria. Pesanan saya buat rakan-rakan blogger WAHM supaya jangan takut dengan SEO. Dan juga jangan pandang rendah pada kepentingannya. Jika anda mahu terjun ke dunia blog, anda perlu jadikan SEO sebagai sahabat baik anda. Kerana dengan bantuan SEO yang betul, anda akan dapat memperbaiki kedudukan dalam paparan carian search engine, tidak kira samada Google, Yahoo, Bing atau lain-lain lagi. Kenapa nak kedudukan yang baik? Jawapannya mudah saja. Kita mahukan kuantiti traffic atau kuantiti pengunjung yang lebih banyak. Sekiranya anda menggunakan blog sebagai medium perniagaan, jumlah pengunjung yang besar ini penting, kerana sebahagiannya adalah bakal-bakal pelanggan kita.


Pada yang baru bermula, mari sama-sama kenali apa itu SEO melalui entry ini, Memahami Asas SEO. Jika sudah, boleh teruskan membaca tips-tips mudah SEO berikut.

1. Rancang tajuk yang sesuai.
Selain anda rancang isi kandungan, perhatian juga perlu diberi kepada tajuk. Tajuk entry anda adalah petunjuk utama yang dikesan oleh enjin carian. Namun, kebanyakan enjin carian hanya mengesan 60 abjad pertama. Jadi, pilihlah tajuk yang sesuai. Antara cara untuk memilih tajuk yang baik ialah dengan berfikir dari sudut pembaca. Kenali pembaca anda dan fahami cara mereka menggunakan keywords untuk membuat carian internet.
tukar tajuk blog

2. Ulang ayat tajuk dalam isi kandungan artikel yang berkenaan.
Untuk mengoptimakan post anda bagi menarik perhatian web crawlers, ulangi keyword pada tajuk entry, beberapa kali dalam artikel tersebut.

3. Gunakan permalink untuk tambah keywords selain tajuk.
Apa itu permalink & apa kepentingannya?
Permalink ialah pautan (link) ke setiap satu entry blog anda.
Contoh URL blog Studio Kenaria ialah,
http://studiokenaria.blogspot.com/

Manakala permalink untuk entry ini ialah,
http://studiokenaria.blogspot.com/2013/12/tips-mudah-seo-untuk-blog.html
Kepentinganya? Di dalam permalink ini terdapatnya keywords yang menjadi petunjuk utama yang dikesan oleh enjin carian melalui web crawlersAntara kelebihan Blogspot yang berbeza daripada WordPress ialah setiap tajuk entry di Blogger ditukarkan menjadi alamat permalink secara automatik tanpa sebarang plugin tambahan. Berikut adalah contoh link untuk entry yang menggunakan WordPress. Secara default, ia hanya diberikan nombor. Ini belum lagi dianggap sebagai permalink. Namun pemilik WordPress boleh menukar link ini kepada permalink dengan mengubah setting atau menggunakan plugins.

edit tag alt imej, alt tags

Guna permalink untuk memasukkan atau memadam keywords berkaitan post berkenaan. Permalink ini perlu diselaraskan atau ditetapkan ketika entry anda masih dalam bentuk draft. Jika anda mahu menukar mana-mana entry atau post yang telah diterbitkan, buka semula post yang berkenaan dan klik pada butang 'Revert to Draft'. Publish semua post tersebut setelah selesai edit permalinknya.

tukar published post kepada draft
Perlu diingatkan, kebanyakan enjin carian hanya mengesan 60 abjad pertama.
Pastikan permalink anda ringkas tetapi tepat.

4. Letak nama yang sesuai pada imej, gambar atau grafik dalam post anda.
Gunakan keywords yang berkaitan dengan artikel sebagai nama imej, gambar atau grafik. Sebagai contoh, jika nama gambar anda adalah DSC_0123.jpg, tukar kepada tips_SEO01.jpg atau sebagainya.

5. Maksimumkan label ALT pada semua imej dalam entry.
Ini adalah antara petunjuk yang sering terlepas pandang. Imej, gambar atau grafik dalam entry bukan sahaja sebagai penyeri atau bantuan visual, tetapi boleh sama membantu menaikkan ranking blog anda. Caranya dengan meletakkan tag yang sesuai pada tajuk dan label ALT imej menerusi 'Image Properties'.
tips mudah SEO, edit ALT tag, label gambar dalam blog
Highlight gambar atau imej yang berkenaan dan klik pada 'Properties'.

edit ALT tag, edit label gambar blog
Gunakan keywords yang sesuai untuk diletakkan sebagai tag atau label imej yang berkenaan.
Klik OK setelah selesai.

Semoga tips-tips mudah SEO yang dikongsikan ini dapat anda manfaatkan untuk membantu menaikkan kedudukan blog dalam carian Google dan enjin-enjib carian yang lain.

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home