26 Nov 2013

Berkenalan Dengan Ezvid.com

A person never ceases to be knowledgeable as long as he continues to learn. But when he ceases seeking knowledge, and thinks he has sufficient knowledge and don’t need more, then he is in the most ignorant state he can be. -Saeed ibn Jubayr

Saya tidak mendapat sebarang pendidikan formal dalam bidang grafik. Jadi, kebanyakan kemahiran dan pengetahuan berkenaan grafik & blog saya perolehi melalu pembacaan, pemerhatian dan juga trial & error. Ianya adalah satu proses yang agak memakan masa kerana tiada sumber khusus untuk saya rujuk. Itu adalah antara sebab utama saya memulakan blog Studio Kenaria. Untuk berkongsi seberapa banyak ilmu asas grafik & blog yang saya kumpul sejak memulakan kerjaya WAHM.

Jadi, saya mula mengumpul bahan-bahan untuk saya kongsi dengan harapan akan memudahkan rakan-rakan mendapatkan kemahiran asas grafik & blog sebagai medium untuk berniaga secara kecil-kecilan. Ada beberapa draf tutorial khusus yang saya sudah rangka dan dalam minggu ini, saya sudah menyiapkan bahan untuk tutorial pertama, 'Rekaan Mudah Flyers Enaq Cakes'. 


bina video tutorial, tutorial reka flyers

Namun, setelah siap, saya rasa ia agak keterlaluan panjangnya untuk dimuatkan dalam satu entry blog. Dengan bantuan suami, saya membuat sedikit carian Google untuk melihat alternatif yang ada. Saya terfikir untuk membuat tutorial dalam bentuk video jadi saya memerlukan satu aplikasi yang boleh merekod proses rekaan menggunakan Inkscape, Photoscape dan sebagainya. Tutorial menggunakan videdo adalah lebih efektif kerana pembaca dapat melihat visual jadi lebih mudah memahami topik tutorial tersebut.

Antara pilihan yang ada ialah Jing, CamStudio dan Screenr. Setelah membaca beberapa reviews, saya memilih untuk menggunakan Ezvid.com. Apa itu Ezvid? Ezvid adalah aplikasi yang boleh merekod paparan skrin komputer, menghasilkan slideshow dan juga video editor.

Ezvid is exceptional because of the power of its cutting-edge effects and features, many of which are not available in even the most expensive professional-grade video editing software.
Voice recording, facecam, voice synthesis, screen drawing, speed control: These are some of the features that make Ezvid the world's single best solution for making videos which entertain, inform, and enchant your viewers.

With one click, you can record your screen with Ezvid, and capture whatever appears on your computer screen: Web pages, games, applications, paint programs, maps — the list goes on and on. Edit your video and then save it for later, or upload it directly to YouTube: the choice is yours.

Ezvid harnesses the power of your computer to create incredibly sharp and high resolution movies of whatever appears in front of you. You can then nonlinearly edit these videos, make speed changes, re-arrange, add text, image slides, and much more, creating a video in minutes instead of hours.  -Ezvid.com

buat video tutorial

Proses installation nya amat mudah. Interface nya juga ringkas jadi saya dapat menggunakannya dengan cepat. Apa yang menarik ialah, semua fail video akan dimuatnaik terus ke channel pilihan kita dan akan disimpan di situ. Ini menjimatkan ruang storan di laptop saya.

Alhamdulillah, berikut adalah antara percubaan awal saya dalam menyediakan video tutorial untuk rakan-rakan semua. InsyaAllah tutorial lengkap akan dimuat naik untuk rujukan semua.


Jika ada sebarang idea bagi tutorial grafik atau blog yang ingin saya sediakan, anda semua dialu-alukan untuk menghantarkan cadangan melalui borang di bahagian sidebar kanan blog ini. Jika anda tidak mahu ketinggalan untuk menontonnya, dipersilakan untuk melanggan (subscribe) channel YouTube Studio Kenaria.


Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home