14 Nov 2013

Operasi Kotak Bermula.

asas grafik blog, tips blog,

Cuti sekolah sudah bermula. Bermakna, operasi mengemas dan membungkus barang-barang rumah untuk berpindah, juga sudah berjalan. Semasa bersekolah, saya sering berpindah mengikut mak & abah yang bertugas sebagai guru. Jadi, walaupun ini adalah kali pertama kali sekeluarga berpindah, is bukanlah perkara yang asing buat saya. Bezanya kali ini, saya sendiri yang akan menguruskannya, bersama suami.

Untuk memastikan semua urusan mengemas, membungkus & sebagainya berjalan teratur, saya membuat sedikit carian di internet bagi mendapatkan panduan & tips menguruskan perpindahan rumah. Berikut adalah antara yang saya jumpa dan boleh digunapakai bersesuaian dengan situasi kami. Saya kongsikan agar ia dapat membantu sesiapa saja yang berkenaan.



1. Bermula awal. Persiapan awal akan mengelakkan anda mengemas dalam keadaan tergesa-gesa. Risikonya, anda mungkin membawa barang-barang yang tidak perlu atau meninggalkan barang keperluan yang penting. Anda juga oleh bersiap sedia dari awal jika timbul sebarang isu yang tidak dijangka.

2. Periksa satu-persatu barang-barang anda, samada di dalam almari, laci, setor dan sebagainya. Jika anda tidak menggunakannya sejak setahun lalu, pertimbangkan samada ia perlu didermakan jika ia masih berkeadaan baik atau sudah masanya untuk dibuang.

3. Kemas dari satu bilik ke satu bilik. Apa yang saya buat ialah memulakan mencabut perabut katil bilik tetamu. Bilik ini kami jadikan tempat untuk menyimpan semua barang-barang besar seperti rangka katil & almari dan kotak-kotak yang telah dipenuhi barang.  Jadi, kami dapat meminimakan clutter dalam masa yang sama, urusan seharian tidak terganggu.

4. Sediakan senarai label yang sesuai. Jika boleh letakkan label yang khusus mengikut jenis barang, pemilik, ruangan bilik seperti 'Pinggan kaca - Dapur', 'Barang plastik - Stor', 'Barang kaca - Almari ruang tamu', 'Bilik tidur Ayisha - Cadar/selimut', 'Buku - Aliyya,' 'Barang kraf - Durra'. Ini akan memudahkan anda mengasingkan kotak-kotak apabila sampai ke rumah baru.

4. Gunakan kotak-kotak kecil. Lebih mudah dibawa dan mengelakkan anda masukkan terlalu banyak barang sehingga kotak menjadi terlalu berat dan mudah koyak.

5.Jika perlu, buat senarai inventori untuk mengelakkan keciciran barang.

Oleh kerana perpindahan ini juga kami anggap sebagai satu 'penghijrahan' emosi & mental, saya dan suami memutuskan untuk membawa barang-barang yang perlu sahaja. Selain itu, tempoh masanya juga sangat hampir dengan tahun baru persekolahan, kami ingin fokus kepada anak-anak, supaya proses perpindahan ini tidak menyukarkan anak-anak menyesuaikan diri di tempat baru.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home