1 Nov 2013

Tips Facebook: Saiz Gambar Cover & Profil

Saya sering terjumpa laman Facebook Page peniaga-peniaga kecil yang mempunyai gambar cover & gambar profil yang tidak sesuai dengan dimensi yang telah ditetapkan. Kadang-kadang ada bahagian gambar cover yang agak penting tertutup oleh gambar profil. 

Selain gambar cover & profil, pemilihan gambar untuk 'Shared Photo' dan 'Highlight' juga selalu tidak kena pada saiz dimensinya. Kesilapan ini, walaupun nampak kecil, memberi first impression yang kurang menarik. 

Dalam entry kali ini saya berkongsi tips untuk menetapkan gambar cover & profil yang muat dengan dimensi yang telah Facebook tetapkan.

tips facebook, gambar profil facebook
Gambar cover & profil FB Artchetak: Gift by Print.


saiz cover photo, edit gambar facebook
Anda boleh muat turun rajah di atas dengan klik kanan > Save Image As..

Kenapa 'pixel', dan tidak menggunakan ukuran matrik biasa?
Kerana pixel adalah adalah unit yang paling tepat untuk menggambarkan ukuran dalam digital imaging.

Anda juga boleh meletakkan gambar khas untuk bahagian 'Custom Tab Photo' untuk seragam dengan konsep keseluruhan Facebook anda. Ini adalah antara topik yang akan saya masukkan dalam tutorial akan datang. 
saiz cover photo, edit gambar facebook, asas facebook


Bagi para pengguna Inkscape, anda boleh ubah pilihan unit ukuran daripada cm/inci kepada pixel dengan pergi ke Menu File > Document Properties dan tukar seperti tertera di bawah. 
saiz cover photo, edit gambar facebook


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home