27 Oct 2013

Tandatangan Automatik Di Bawah Post (Bahagian 2)

Bagi bahagian kedua ini, anda perlu mempunyai satu akaun simpanan imej (image hosting). Jika belum ada, boleh rujuk entri ini. Sekiranya anda sudah mempunyai akaun di mana-mana hosting yang lain seperti flickr, anda boleh skip bahagian ini. Apa yang perlu anda buat sebelum ke bahagian terakhir, ialah memuat naik fail format png artwork tandatangan anda ke akaun hosting anda.

Sila klik di sini untuk ke bahagian satu.

1. Kita mulakan bahagian kedua ini dengan log masuk ke akaun Photobucket masing-masing.

2. Klik butang 'Upload'.

3. Pilih album yang berkenaan dan mula drag fail artwork hasil dari bahagian satu tutorial ini ke ruangan 'Drag n Drop' yang disediakan.


4. Selesai saja proses muat naik, Klik pada 'View Uploads'.

5. Bawak kursor ke atas gambar yang baru dimuat naik tadi sehingga keluar ikon gear. Satu senarai actions akan terpapar dan pilih 'View Links'.


6. Skrin 'Share the photo' akan keluar. URL atau pautan 'Direct' ini adalah komponen utama untuk bahagian terakhir tutorial ini.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home