23 Oct 2013

Tutorial Inkscape: Alternatif Kepada Adobe Illustrator

Saya merancang untuk membuat tutorial bagi memasukkan tandatangan automatik di bawah setiap entri blog. Tetapi, sebelum itu, untuk membantu yang belum tahu cara-cara untuk menyediakan grafik/imej tandatangan itu, saya akan bimbing anda dari mula, iaitu memuat turun satu perisian editor grafik. Dari situ, saya akan bantu anda menyediakan satu file grafik untuk anda muat naik ke dalam template blog anda. Saya akan bahagikan keseluruhan tutorial ini kepada beberapa bahagian agar anda mudah faham.

Selain Adobe Photoshop, saya banyak menggunakan perisian Adobe Illustrator untuk kerja-kerja grafik. Jika anda mempunyai perniagaan kecil-kecilan, off line ataupun online, anda pasti memerlukan bahan-bahan pemasaran seperti flyers, brosur, kad nama dan sebagainya. Walaupun ada pereka atau pencetak yang menawarkan khidmat rekaan pada harga yang rendah, adalah lebih menjimatkan jika anda boleh melakukannya sendiri. Lebih-lebih lagi jika anda perlukan bahan visual yang simple untuk blog anda. Mungkin ada yang merasakan perisian Microsoft Publisher atau Paint sudah mencukupi, tetapi dengan mempelajari ilmu perisian khusus lain seperti perisian grafik, akaun dan sebagainya, anda juga secara tidak langsung, membuat sedikit pelaburan peribadi.

illustrator, asas grafik, tips grafik
Cipta logo menggunakan Illustrator.

illustrator, inkscape
Menyiapkan tempahan sampul duit raya.

Harga perisian Illustrator ini agak mahal, jadi saya akan tunjukkan cara-cara untuk anda muat turun satu perisian alternatif yang boleh anda guna secara percuma, iaitu Inkscape. Jangan risau jika Inkscape ini nampak kompleks. Anda tidak semestinya perlu mahir kesemua tools yang ada, tetapi cukup untuk menyediakan grafik yang menarik untuk kegunaan anda sendiri.

nota inkscape

Apakah ciri-ciri menarik Inkscape?

1. Draw Tools.
Tiga drawing tools yang terdapat di Inkscape ialah Freehand, Bezier Curve & Calligraphic/Brush Stroke. Ketiga-tiga tools ini dapat membantu anda melukis objek-objek untuk dimasukkan dalam artwork seperti logo. Ini antara ciri utama Inkscape yang tidak ada di dalam Ms Publisher ataupun Paint.

2. Text Tools.
Kemudahan ini tidak ada pada Paint. Kenapa ia penting? Dengan Paint, setiap kali anda masukkan teks, ia akan dilihat sebagai objek, bermakna anda tidak boleh membuat sebarang editing atau perubahan kepada teks anda. Jika ada kesilapan ejaan, anda perlu menaip semua keseluruhan teks anda. Sebab itu saya tidak mengesyorkan Paint. 

3. Layers. 
Dengan adanya layers, setiap kali anda ingin membuat perubahan pada artwork, anda hanya perlu aktifkan layer yang terllibat sahaja. Jadi, sebarang objek atau teks dalam layer lain tidak akan terganggu.

4. Object Manipulation
Anda boleh resize, skew, rotate dan tweak sebarang objek mengikut kemahuan. 

5. 3D Boxes.
Reka & edit kotak 3D anda sendiri. Kotak 3D ini boleh diubahsuai mengikut kreativiti anda. 

6. Filters
Guna pelbagai filters atau kesan khas untuk membuat hasil artwork anda lebih menarik.

7. Free Cliparts
Hampir 50,000 cliparts percuma yang boleh anda muat turun dan masukkan ke dalam artwork anda daripada Open Clipart.

Saya akan tunjukkan cara untuk muat turun dan install aplikasi Inkscape dalam entri seterusnya.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home