Pengenalan kepada HTML & CSS.
Di dalam beberapa tutorial yang akan datang, saya akan memasukkan sedikit demi sedikit penggunaan HTML & CSS. Untuk itu, saya akan cuba memperkenalkan kedua-dua terma ini secara ringkas yang boleh.
Apa itu HTML & CSS?
HTML bermaksud HyperText Markup Language. Secara asasnya, HTML adalah sejenis bahasa penanda yang digunakan untuk mencipta sesebuah laman web dan menyampaikan pelbagai maklumat untuk dipaparkan melalui pelayar (browser) internet seperti Google Chrome, Mozilla Firefox dan Internet Explorer.
CSS (Cascading Style Sheets) pula ialah pengaturan dalam menggubah HTML agar wajah laman web lebih bergaya & kelihatan lebih menarik.
Kesimpulannya, HTML menentukan struktur isi kandungan pada satu-satu muka laman web dan CSS pula akan menentukan stail & keterampilan muka laman web tersebut. Harus diingat, kedua-duanya mempunyai susun bahasa yang berlainan dan berasingan.
Kenapa perlu susah payah belajar asas HTML & CSS?
Ya, melalui Blogspot, anda boleh saja menggunakan template yang sedia ada untuk rangka blog anda. Selain Blogspot, ada puluhan ribu template percuma lain yang anda boleh muat turun. Tetapi, adalah sukar untuk mencari satu-satu template yang sesuai & tepat untuk keperluan individual kita.
Saya gunakan contoh membeli baju. Mudah saja untuk membeli baju siap, di mana-mana pun kita pusing, kedai-kedai baju tumbuh merata. Tetapi, kalau kita ingin memakai baju yang paling selesa & sesuai mengikut bentuk badan, keperluan & citarasa kita, jalan yang paling baik ialah dengan membuat tempahan baju dengan tukang-tukang jahit, ataupun menjahitnya sendiri. Begitu jugalah dengan laman blog kita. Boleh saja gunakan template yang sedia ada, tetapi jika anda belajar caranya, anda boleh memasukkan sentuhan peribadi pada laman blog anda.
Dalam kebanyakan tutorial yang akan datang, saya akan memperkenalkan kod-kod HTML & CSS untuk anda gunakan. Jangan bimbang & takut untuk mencuba, kerana anda tidak perlu mengetahui dengan terperinci kod-kod tersebut, cukup sekadar fahami konsep, kegunaan umum mereka & bagaimana cara untuk memasukkannya ke dalam blog anda.
Saya juga akan perkenalkan Mozilla Thimble, satu tool editor visual percuma untuk menulis & mengedit sebarang kod HTML & CSS. Dengan itu, anda akan lebih mudah memahami konsep HTML & CSS nanti.
Dari laman blog Mozilla Thimble.
Contoh penggunaan Mozilla Thimble.
Labels: Nota StudioKenaria, Tips Blog, Tutorial Studio Kenaria
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home