Kenali Photobucket.com
Sudah mempunyai akaun Photobucket? Ok, saya akan bimbing anda tentang cara-cara untuk menyusun & mengatur gambar-gambar di dalam 'library' Photobucket anda.
Ini adalah laman utama setelah anda log in ke akaun Photobucket anda.
Sebelum anda memuat naik sebarang gambar, saya cadangkan anda sediakan terlebih dahulu, sediakan library anda dengan album-album yang disusun mengikut keperluan. Klik pada butang Library dan anda akan dibawa ke skrin seperti di bawah.
Buat masa ini, Library saya mempunyai dua album iaitu Artchetak, untuk blog Artchetak dan satu lagi untuk blog Studio Kenaria. Untuk membuka album baru, klik saja pada "Create New Album" dan isi ruang kosong yang diperlukan. Sekiranya anda ingin membuat sub-album, pilih nama album utama yang berkenaan di pautan "Add this Album to the existing Album:".
Mudah saja bukan? Jika boleh, ambil sedikit masa untuk membiasakan diri dengan aplikasi lain yang ditawarkan oleh Photobucket.
Labels: Nota StudioKenaria, Tips Blog, Tips Grafik, Tutorial Blog, Tutorial Studio Kenaria
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home