13 Oct 2013

Photo & Image Hosting : Album Maya

Sebelum saya berkongsi pelbagai tips dan tutorial, anda perlu mempunyai satu akaun simpanan imej (image hosting). Image hosting sedikit berbeza dengan photo sharing.

Photo Sharing ialah kemudahan untuk memuat naik & penyimpanan gambar atau imej yang kemudiannya dikongsi melalui laman media social seperti Facebook, Instagram dan Tumblr. Laman photo sharing selalunya mempunyai kemudahan mengedit gambar dan juga geo-tag.

Secara umumnya, image hosting adalah kemudahan untuk simpanan imej seperti hard disk pada komputer kita, lebih kurang seperti album gambar maya (virtual). Mana-mana laman web photo sharing adalah tapak untuk image hosting. Tetapi, tidak semua tapak image hosting mempunyai kemudahan untuk photo sharing. Saya cuba terangkan melalui carta ringkas berikut.
studio kenaria tutorial grafik

Hosting Server bertindak seperti hard disk komputer kita, cuma ruangan simpanannya lebih besar dan boleh diakses pada bila-bila masa, dan dimana sahaja. Antara yang boleh disimpan, data, video dan pelbagai lagi termasuklah imej atau gambar. Gambar atau imej yang disimpan dalam hosting server ini digunakan untuk tujuan cetakan, perkongsian gambar di laman media sosial, email dan lain-lain. Antaranya ialah sebagai 'alamat' untuk setiap gambar/imej yang akan digunakan setiap kali kita ingin menggunakannya tanpa perlu memuat naik berulang kali. 'Alamat' inilah yang akan kita gunakan dalam sebahagian tips & tutorial yang akan datang.

Labels: , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home