Terseliuh & tekanan pada lengan.
Sejak khamis yang lepas, saya mengalami sakit pada tangan kanan, bermula dari pergelangan hingga ke belakang bahu. Perkara ini sebenarnya sering berlaku tapi kali ini lebih lama dari biasa. Aktiviti berkaitan laptop terpaksa dikurangkan. Urutan & regangan banyak membantu.
Jika anda menggunakan komputer sebagai aktiviti harian wajib dan menghabiskan berjam-jam lamanya, anda mungkin akan mengalami masalah yang sama.
sumber: bodyquirks.com
Berikut adalah laporan Bernama.
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Setiap tahun, kira-kira 10,000 pekerja di Malaysia yang menggunakan komputer di tempat kerja mengalami kecederaan anggota badan bahagian atas dan dengan itu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) mencadangkan perlunya menggalakkan penggunaan ergonomik di tempat kerja.
Pengerusi Niosh Tan Sri Lee Lam Thye berkata industri yang melaksanakan program ergonomik melaporkan penurunan ketara jumlah kemalangan, kecederaan, sakit dan kos penjagaan kesihatan dan peningkatan produktiviti, keefisienan kerja, kualiti produk dan semangat pekerja lebih tinggi.
Lee berkata statistik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menunjukkan jumlah kes melibatkan kecederaan pada anggota badan bahagian atas, khususnya jari dan tangan, mencecah kira-kira 10,000 setiap tahun dan jumlah yang mengalami kecederaan pada belakang ialah kira-kira 2,000 kes.
Sementara kajian oleh Niosh menunjukkan 61.4 peratus daripada pekerja yang menggunakan komputer di tempat kerja mengalami sakit pada bahagian bawah belakang, bahu dan leher manakala 70.6 peratus daripada mereka mengadu keletihan mata."
Penggunaan komputer secara berlebihan, postur duduk yang salah antara punca masalah yang berkaitan dengan gangguan rangka otot, saraf, tendon, ligamen dan sendi, yang dikenal sebagai kecederaan rangka otot (MSD, musculoskeletal disorders) atau cedera regang berulangan (RSI, repetitive strain injury).
Antara penyakit yang dikaitkan dengan MSD ialah tendonitis, Sindrom Terowong Karpus (CTS, Carpal Tunnel Syndrom) dan sakit belakang.
Jika sudah mula terdapat tanda-tanda anda mungkin mengalami masalah yang berkaitan, cuba ambil langkah-langkah berikut untuk mengelakkannya dari berlarutan.
1. Rehatkan mata & kurangkan sedikit aktiviti yang berkaitan dengan komputer, sebaiknya urus jadual supaya kerja-kerja dapat dihabiskan dalam waktu yang telah ditetapkan.
2. Jika itu tidak dapat dielakkan, pastikan postur badan adalah betul. Sesekali, buatlah regangan badan atau anggota badan yang mengalami masalah terutamanya lengan, bahu & belakang.
3. Pastikan diet harian mengandungi serat & protein yang secukupnya seperti susu.
4. Ambil supplement yang berkaitan. Dapatkan maklumat yang betul daripada doktor atau pakar perubatan yang berkelayakan & sah.
5. Kalau anda seperti saya, percaya dengan teknik urutan, boleh juga amalkan untuk berurut. Tetapi pastikan tukang urut tersebut adalah pakar dalam bidangnya dan mempunyai reputasi yang baik. Boleh juga untuk mencuba pelbagai petua-petua yang berkaitan dengan sakit urat & sendi.
6. Jika masih berlarutan, buatlah pemeriksaan di klinik atau berjumpa terus dengan pakar fisioterapi.
Ok, saya perlu rehatkan tangan sebelum sakit datang semula.
“An ounce of prevention is worth a pound of cure.” - Benjamin Franklin
Labels: Jurnal Peribadi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home