1 Oct 2013

Menghitung Hari

Alhamdulillah, kita sudah memasuki bulan Oktober. Bagi kebanyakan ibu bapa, inilah musim peperiksaan dan sukan sekolah anak-anak. Secara peribadi pula, bermakna tinggal lagi tiga bulan lagi sebelum kami memulakan kehidupan di tempat baru. Pulang ke kampung suami, sesuatu yang sangat mengujakan.

Gambar dari album peribadi.
Kuala Terengganu, Januari 2010.

Selesai anak sulong, Ayisha, habis peperiksaan, saya akan memulakan proses pertukaran sekolahnya. Ayisha seorang anak yang lembut, agak sensitif jadi pemilihan sekolah yang sesuai adalah fokus utama kami. Hasil perbincangan dengan suami, kami memilih untuk menghantar Ayisha ke Sek.Keb. Bukit Guntung kerana ibu saudaranya adalah salah sorang guru di situ dan juga ada beberapa sepupunya turut bersekolah di sekolah tersebut. Aliyya, anak kedua kami juga akan memulakan kelas pra-sekolahnya di sekolah yang sama.

Seterusnya memilih lokasi tempat tinggal. Alhamdulillah kami sudah senarai pendekkan beberapa tempat yang difikirkan sesuai. InsyaAllah selesai proses penjualan rumah di Kajang, kami akan pulang sebentar ke kampung untuk membuat pilihan tempat tinggal baru kami di Kuala Terengganu. Semoga semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

I am going away with him to an unknown country where I shall have no past and no name, and where I shall be born again with a new face and an untried heart. - Sidonie Gabrielle 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home