1 Oct 2013

Kembali ke 'Sekolah'

Saya mula berblog sejak tahun 2009, tanpa sebarang kelas formal. Alhamdulillah, blog Artchetak kini sudah masuk tahun ke-5 namun mungkin kerana sudah bertahun melakukan rutin yang sama, mood sudah mula agak luntur. Bila saya fikirkan sedalamnya, mungkin saya perlu mengikuti kelas formal untuk menyuntik semangat baru. Proses pembelajaran adalah proses yang berterusan, tidak ada ruginya jika saya kembali semula ke 'sekolah.

Mencari kelas yang sesuai tidak menjadi masalah kerana saya sudah mengenali pengasas Akademi Bekerja Dari Rumah, iaitu Puan Masayu Ahmad. Saya mengenali beliau selepas saya muncul di segmen Bekerja Dari Rumah dalam rancangan Apa Kata Wanita terbitan RTM1 pada 2009. Dan pada Mei 2010, buku beliau, Jana RM Dari Rumah diterbitkan. 

bisnes kreatif, wahm, soho

Masayu Ahmad adalah graduan Universiti Sains Malaysia, dalam bidang Komunikasi Massa, mempunyai lebih kurang 11 tahun pengalaman dalam bidang kewartawanan dan penulisan. Dan melihatkan kesungguhannya membantu kaum ibu khasnya, yang ingin berjinak-jinak dengan bekerja dari rumah, saya merasakan akademi yang beliau asaskan adalah yang terbaik untuk saya bermula semula. 

Berikut adalah antara buku dan ebook tulisan beliau yang telah diterbitkan dan boleh dibeli secara online di Kedai Buku Online.




The teacher who is indeed wise does not bid you to enter the house of his wisdom but rather leads you to the threshold of your mind.  ~Kahlil Gibran

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home