Permulaan Baru.
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Tuhanku, aku memohon kepadaMu akan kebaikan pada pekerjaan ini dan apa-apa kebaikan yang ada padanya. Dan aku berlindung dengan Engkau dari keburukan pada pekerjaan ini dan apa jua keburukan yang ada padanya. Amin Ya Rabbal Alamin.
Alhamdulillah, setiap ujian yang diberiNya pasti akan membuka satu peluang lain. Untuk saya memulakan sesuatu yang baru, sekali lagi, adalah sedikit sukar kerana perlu membuat perubahan habit & kebiasaan. Tetapi, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya, kan?
Sebagai permulaan, saya ceritakan serba sedikit latar belakang diri. Nama saya, Durra Mohamed Jamri, lahir & dibesarkan di Rompin, Pahang. Sebaik sahaja selesai pendidikan menengah, saya ke Petaling Jaya untuk meneruskan pelajaran dan kini menetap di Kajang bersama suami & dua anak perempuan.
Sejak melahirkan anak kedua, saya memutuskan untuk berhenti kerja supaya dapat menumpukan perhatian kepada keluarga. Bagi membantu suami dalam kewangan keluarga, saya telah memulakan perniagaan kecil-kecilan di rumah di bawah nama Artchetak Enterprise. Bermula dari menawarkan produk premium seperti tshirt korporat dan sebagainya, kini Artchetak mengkhususkan pada reka grafik & percetakan. Produk utama ialah kad undangan perkahwinan, bunting, stickers dan pelbagai lagi. Dan sejak setahun lepas, kami juga mula menerima tempahan korporat seperti merekacipta & mencetak logo, kad nama, brochure, flyer dan sebagainya.
Pada tahun 2012 kami telah menyewa satu lot kedai di Arked Mara Kajang sebagai langkah untuk meneruskan perniagaan secara sepenuh masa. Namun perancangan Allah menentukan segalanya. Mulai pertengahan tahun ini, kami terpanggil untuk pulang ke kampung suami di Kuala Terengganu. Persiapan telah dan sedang dibuat dan insyaAllah kami akan memulakan kehidupan di tempat baru pada tahun baru, 2014.
Percaya dengan perancanganNya, kami menerima ketentuan ini dan melihat ia sebagai satu peluang penting untuk memulakan sesuatu yang lebih baik dari sekarang. Namun, Artchetak akan tetap diteruskan secara online sepenuhnya.
Blog ini akan menjadi nota catatan perjalanan baru kami. InsyaAllah saya juga akan sama-sama berkongsi pengalaman sebagai seorang WAHM (work-at-home-mom) & juga sebarang tips IT & grafik dari saya, sorang self-taught pereka grafik, insyaAllah.
Start wherever you are and start small. -Rita Baily
Labels: Jurnal Peribadi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home