2 Oct 2013

Memulakan Bisnes Di Rumah - Keperluan Aspek Kreatif.

Dalam entry kali ini, saya akan cuba menceritakan serba sedikit apa yang akan dikongsi oleh Studio Kenaria.

Bagi yang baru saja memulakan bisnes dari rumah, atau masih memasang niat, sebaiknya carilah maklumat sebanyak mungkin. Selain buku, gunakanlah sepenuhnya internet untuk membuat persediaan sebelum memulakan langkah. Antara laman blog yang saya cadangkan ialah Panduan Bekerja Di Rumah (WAHM, SAHM, SOHO). Selain laman web dan blog tempatan, jangan lupa juga untuk rujuk kepada laman-laman web luar negara untuk mempelbagaikan bahan bacaan.


Apa yang Studio Kenaria akan fokuskan ialah maklumat, panduan dan tips dari sudut kreatif. Oleh kerana perniagaan online tiada kedai fizikal, tarikan visual sangat penting untuk menarik minat pelanggan. Bak kata orang, dari mata, turun ke hati. Antara yang akan dikongsi ialah tips dan tutorial mengambil dan mengedit gambar, sumber untuk mendapatkan software mengedit gambar secara percuma, cara ringkas & mudah untuk menggunakan HTML, CSS dan lain-lain untuk menambah baik blog, perbezaan format-format imej (jpg, png dan lain-lain), keperluan media sosial seperti Facebook dan pelbagai lagi. Wajah Studio Kenaria juga akan berubah sikit demi sedikit seiring dengan perkongsian kami nanti.

tips asas grafik, tutorial blog, facebook

Selain itu, saya juga akan turut berkongsi pengalaman sebagai sorang WAHM dan juga coretan perjalanan keluarga kami dari Kajang ke Kuala Terengganu, InsyaAllah.


β€œIn learning you will teach, and in teaching you will learn.”  β€• Phil Collins

Labels: , , , , , , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home