Pengalaman Pertama Berniaga : Jagung Manis
Minat. Antara faktor utama untuk menggerakkan perniagaan. Walaupun kita tiada modal yang besar untuk memulakan perniagaan, tapi dengan adanya minat & kesungguhan, insyaAllah permulaan kita akan lebih mudah.
Kenangan terawal saya menjual adalah semasa di sekolah rendah. Kurang ingat tahun berapa, tapi tidak silap saya, circa tahun 1986-1988. Emak dan abah saya bertugas sebagai guru ketika itu. Mak mengajar di Sek. Ren. Keb. Tg. Gemuk, manakala abah pula di Sek. Men. Keb Tg. Gemuk. Ketika itu kami tinggal di kuarters guru sekolah menengah, lebih kurang 20km daripada kampung kami, Kuala Rompin, Pahang.
Mak & abah ada membeli sebidang tanah di kampung Janglau, Pahang. Tanaman jagung manis antara produk pertanian yang banyak ditanam pada masa itu. Dan tanaman dibuat secara berkelompok. Jadi, semasa musimnya, setiap hujung minggu, kami sekeluarga akan ke Kg. Janglau untuk bergotong-royong menanam jagung. Saya berumur antara 8-10 tahun pada masa itu. Turut bersama-sama ialah adik-adik saya, empat orang kesemuanya. Sesungguhnya ia adalah antara pengalaman yang paling menyeronokkan di zaman kanak-kanak. Mana tidaknya, sambil berkebun, sudah tentu kami berpeluang bermain selut. Menurut kata mak, setiap kumpulan diberi jumlah benih yang sama. Tetapi kumpulan kami sekeluarga kehabisan benih lebih awal dari kumpulan lain. Bila ditanya, rupanya benih yang kami letakkan dalam setiap lubang, sekali ganda dari yang sepatutnya. Maklumlah, pertama kali bertanam jagung.
Tidak boleh lupa pengalaman berlari mencari tempat berlindung kerana hujan. Berlari dalam selut semasa hujan bukan perkara mudah ye. Menurut mak, pernah juga dikejar babi hutan. Setiap kali ke kebun, mak akan masakkan bekalan. Walaupun tiada tempat makan yang sempurna, kami tetap berselera makan.
Selesai jagung dituai, abah, mak, jaddah (panggilan untuk nenek kami) dan saya sama-sama mengikat jagung untuk jualan. Dalam seikat, ada 5 tongkol jagung. Rasanya setiap ikat kami jual dengan harga RM3.00, dan RM5.00 untuk dua ikat jagung.
Jagung dijual melalui word-of-mouth saja. Mulanya di sekitar kuarterg guru. Dan pada hujung minggu, kami berjualan pula di rumah di Kuala Rompin. Pada masa itu, ada satu jambatan kayu di hadapan pagar rumah. Abah menaikkan kayu seakan ampaian kain di jambatan untuk menggantung ikatan-ikatan jagung. Saya mengambil tugas untuk menjaga 'gerai' jagung kami dengan sekali-sekala bergilir dengan mak atau abah. Walaupun terasa agak malu pada awalnya, perasaan berubah menjadi sangat seronok kerana pertama kali memegang duit tunai yang agak banyak ditangan. Dan bila kami ke Kuantan, melawat ibu saudara di kuarters Kastam, kami turut bawa sebahagian jagung-jagung untuk dijual. Jumlah kutipan jualan jagung kami mencapai sebanyak lebih kurang RM500.00. Jumlah yang teramat besar untuk seorang kanak-kanak pada masa itu.
Semenjak itu, saya mula menyimpan cita-cita & minat untuk berniaga. Dan pada masa ini, saya juga cuba untuk memupuk minat berniaga ke dalam diri anak-anak dengan meilbatkan mereka dengan sebahagian aktiviti Artchetak. Alhamdulillah setakat ini mereka memahami dan sudah mula menunjukkan minat ke arah itu.
“Education sows not seeds in you, but makes your seeds grow.” -Kahlil Gibran

Labels: Jurnal Peribadi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home