17 Oct 2013

Freebies: Rancang Penulisan Blog

Sudah buat pendaftaran blog? Langkah seterusnya ialah mula menulis. Ada freebies untuk anda di akhir entry ini.

Jika anda baru berjinak-jinak dengan penulisan, seperti semasa saya mula berblog empat tahun lepas, antara perkara yang agak mencabar ialah mencari & mengumpul idea atau bahan. Kadang-kadang idea datang dengan tiba-tiba, selalunya saya sekadar membuat catatan memori atau membuat nota ringkas di dalam buku nota mini.

Tetapi setiap catatan ringkas perlu diperkembangkan agar setiap tajuk dapat disampaikan dengan lebih tersusun. Jika anda buat carian 'blog planner' di google, pelbagai jenis blog planner yang boleh anda download secara percuma. Oleh kerana tiada satu pun yang sesuai dengan keperluan, saya telah menyediakan blog planner sendiri dengan nama Nota Catatan Blog.


Di dalam nota ini, anda boleh rancang dengan lebih teliti sebarang idea yang ada untuk blog anda. Kumpul dalam satu fail untuk kemudahan anda menyusun idea-idea ini. Dan jika ada idea tambahan, cuma tuliskan saja dalam ruang 'Nota' yang disediakan. Berikut adalah kandungan atau ruangan yang saya masukkan dalam nota ini.

1- Tajuk
- Tulis tajuk awal, boleh diubah ketika anda menaip post ataupun kekalkan tajuk yang sama.

2. Tarikh
- Tarikh idea ditulis di dalam nota.

3. Isi
- Catat kesemua isi yang boleh difkirkan berkaitan dengan tajuk yang dipilih. Tulis sebanyak yang mungkin, anda boleh menapisnya semasa menaip entry yang berkenaan.

4. Imej
- Jika perlu, tulis cadangan imej atau gambar yang ingin dimuatkan di bawah tajuk tersebut.
Pastikan anda letakkan sumber asal gambar tersebut sekiranya anda gunakan carian Google dan sebagainya. Jangan letakkan 'Google' sebagai sumber anda kerana Google adalah sekadar enjin carian, BUKAN PEMILIK ASAL imej atau gambar yang keluar di dalam carian anda.

5. Pautan
- Catat sebarang pautan (links) yang ingin diletakkan bersama artikel anda. Jika merasakan pautan ini tidak perlu, anda boleh abaikan saja nanti.

6. Nota
- Sebarang idea tambahan yang boleh dipertimbangkan untuk dimasukkan bersama idea anda.

7. Label
- Letakkan label yang bersesuaian dengan tajuk & isi artikel.

8. Senarai Semak
- Elakkan kesilapan ejaan & tatabahasa serta pautan yang tidak berfungsi dengan menyemak semula keseluruhan artikel sebelum artikel anda diterbitkan.

9. Status.
- Nyatakan status terbaru nota anda agar anda dapat menyemak mana-mana idea yang masih belum ditulis atau diterbitkan.

tips blog, nota catatan blog

Download salinan percuma anda di sini

Labels: , , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home