Blog Inspirasi
Apa yang membuat anda tertarik untuk berblog selain untuk menjana pendapatan? Tanpa minat & semangat, bukan mudah untuk kita teruskan apa yang baru anda mulakan. Dari mana nak kita gilap minat ini?
Bagi saya yang sukakan kerja kraf & DIY serta apa saja yang berkaitan dengannya, blog & pinterest menjadi sumber inspirasi saya. Melalui pembacaan blog-blog ini, bukan saja membantu mencari idea, malahan dapat menyuntik semangat saya, kerana kesemua bloggers ini bermula dari bawah.
Terdapat berpuluh blog yang saya kerap lawat & baca dan di sini saya ingin kongsikan 10 daripada blog kesukaan yang menjadi inspirasi saya.
Catatan oleh Rubyellen, seorang suri rumah dan ibu kepada empat orang anak perempuan, True, Brave, Soul & Glow. Rubyellen yang turut mendidik anak-anaknya melalui homeschooling, sangat aktif dengan projek DIY khasnya yang melibatkan aktiviti kanak-kanak, .
2. How About Orange.
Jessica Jones adalah seorang pereka grafik & tekstil. Beliar sering berkongsi pelbagai artikel & freebies menarik yang berkaitan dengan dunia grafik visual dan juga seorang crafter yang sangat suka menggunakan medium kertas. Juga seorang penggemar projek DIY.
3. Oh, Hello Friend.
Danni, bekas pelajar reka grafik, memulakan perniagaannya di Etsy pada 2008 dan kini sudah membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang vintage. Juga penggemar kraf DIY khususnya pembungkusan.
Lahir & membesar di Afrika Selatan, Jen kini menetap di New Zealand setelah tinggal di England untuk 11 tahun. Ibu kepada dua anak lelaki ini adalah jurugambar freelance.
5. Frugal by Choice.
Sarah banyak berkongsi cerita tentang keluarga & makanan khasnya. Beliau mengamalkan cara hidup seharian yang jimat & sihat dengan menyediakan masakan homemade, daripada menu seharian, hinggalah sabun basuh pakaian homemade. Sekali-sekala Sarah berkongsi idea & projek tanaman serta kraf kanak-kanak.
Berikut adalah lagi lima blog kesukaan saya.
10. The Crafting Chiks.
Labels: Jurnal Peribadi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home