17 Oct 2013

SOHO & Anak-anak.

Sejak Artchetak membuka mini studio di Arked MARA Kajang, SOHO saya sudah ditukarkan menjadi bilik anak-anak. Tapi, apabila kami berpindah ke kampung nanti, InsyaAllah saya akan kembali ber'SOHO' di rumah buat sementara waktu sehingga mendapat ruang kedai yang sesuai.

Dulunya, bilik SOHO saya juga adalah bilik mainan kanak-kanak. Alhamdulillah tiada gangguan serius dari anak-anak. Dan bila kawan-kawan mereka datang bermain, saya akan mengundur diri ke ruang tamu. Pada saya, sangat penting untuk kita melibatkan anak-anak dengaan SOHO kita. Selain anak-anak sentiasa rapat dengan kita, secara tak langsung, kita didik & biasakan mereka dengan konsep bekerja di rumah. Jadi, mereka akan mudah faham kalau kita beritahu mereka yang ibu sedang bekerja. Juga pastikan kita bekalkan anak-anak dengan pelbagai aktiviti supaya dapat memindahkan perhatian mereka sementara kita memberi fokus kepada kerja.

jurnal peribadi bisnes kreatif

Kadang-kadang saya aturkan sesi bermain atau kraf dengan kawan-kawan anak-anak di bilik yang sama. Sentiasa amalkan aktiviti mengemas bilik bersama anak-anak. Jadi disiplin kebersihan bilik juga sebenarnya lebih mudah dipraktiskan apabila kita berkongsi bilik SOHO dengan anak-anak. 

Jamuan Hari Jadi bertemakan Cupcake Princesses.

It is a happy talent to know how to play.  ~Ralph Waldo Emerson

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home