17 Oct 2013

Lembu punya susu...

Maafkan tajuk yang agak 'pasar'.

Kali ini saya ingin menyentuh tentang kepentingan memberi kredit kepada empunya gambar atau imej yang ingin kita letak dalam entry blog kita.

Kenapa kena letak sumber asal? Secara asasnya adalah kerana etika & juga isu copyright atau hak milik. Mungkin ada yang pernah terjumpa kes pemilik asal gambar melepaskan rasa tidak puas hati kerana foto atau imej miliknya digunakan di blog atau laman web lain tanpa keizinan atau sebarang pernyataan sumber pada gambarnya yang telah digunakan orang lain. Atau lebih parah, diterbitkan dalam bentuk buku atau majalah. Sebagai blogger, perkara ini perlu kita elakkan.

Terdapat pelbagai cara untuk memberi kredit pada imej atau gambar yang kita gunakan, tetapi pada asasnya, saya bahagikan kepada dua cara yang biasa saya gunakan:


Cara ringkas:
Nyatakan nama blog di mana gambar tersebut berasal dan letakkan link kepada page asal gambar tersebut berada. Contohnya:

Jute Pouch oleh Artchetak.

Cara penuh:
Nyatakan link asal gambar atau imej diambil. Contohnya,


Tidak ada cara khusus untuk meletakkan kredit. Tetapi dengan meletakkan nama penuh blog asal di bawah setiap gambar ada kelebihannya. Antaranya ia menunjukkan tahap profesionalisma kita dan juga dari segi teknikalnya, ia akan menaikkan ranking SEO blog kita.

Untuk memahami kenapa pentingnya memberi kredit ini, apa kata kita fikir, apa perasaan kita sekiranya kita temui artikel kita digunapakai oleh orang/blogger lain tanpa sebarang makluman tentang sumber artikel tersebut, iaitu blog kita sendiri.

Jika boleh, elakkan daripada meletakkan Google sebagai sumber kita kerana Google hanyalah salah satu enjin carian, dan bukannya pemilik sebenar. Sebaiknya ambil sedikit masa untuk mencari link asal sebarang imej yg ingin kita gunakan dalam blog kita.

Dari mana boleh kita dapatkan sumber gambar tersebut? Mudah saja. Apa bila kita buat carian di Google, klik pada butang Image, klik lagi pada gambar pilihan, dan gambar tersebut akan di highlight dengan latar belakang bewarna hitam. Sebagai contoh, berikut adalah gambar pilihan untuk carian 'jute pouch'.


Apa yang perlu dilakukan adalah:
1. Klik butang kanan mouse anda di barisan bawah tajuk gambar. Satu menu kecil akan terpapar.
2. Klik pada 'Copy Link Address'.
3. Paste atau gunakan pautan tersebut sebagai sumber gambar yang anda gunakan.

Untuk bacaan yang lebih jelas, boleh rujuk kepada link-link berikut.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home