Perisian Grafik Percuma Sesuai untuk Peniaga Kecil
Saya sering ditanya oleh rakan-rakan tentang perisian (software) yang saya gunakan untuk menghasilkan artwork. Dua perisian utama yang saya gunakan ialah Adobe Photoshop dan juga Adobe Illustrator. Oleh kerana saya tidak mengikuti sebarang kelas khas, proses pembelajaran adalah berdasarkan trial and error dan mengambil masa yang agak lama. Saya mula menggunakan Photoshop sejak 1996 dan baru beberapa tahun lepas membiasakan diri dengan Illustrator. Saya tidak mengesyorkan kedua-dua perisian ini kepada beginners, melainkan anda betul-betul minat kerana harga & kos latihan formalnya yang agak tinggi.
Namun begitu, jika anda serius ingin menghasilkan artwork yang lebih menarik daripada menggunakan Microsoft Publisher, saya mencadangkan anda memuat turun Photoscape dan Inkscape.
MOOII Tech. memperkenalkan Photoscape sebagai satu perisian untuk mengedit imej atau gambar berkonsep mudah & menyeronokkan. Walaupun percuma, perisian ini cukup padat dengan pelbagai kemudahan yang mudah untuk digunakan. Berikut adalah diantara tools utama yang ditawarkan Photoscape:
Photo Viewer: Melayar & menyusun gambar di dalam folder komputer.
Photo Editor: Membaik pulih warna, pencahayaan gambar, memasukkan kesan khas ke dalam gambar dan pelbagai lagi (resizing, brightness and color adjustment, white balance, backlight correction, frames, balloons, mosaic mode, adding text, drawing pictures, cropping, filters, red eye removal, blooming, paint brush, clone stamp, effect brush).
Page Creator: Menggabung beberapa gambar kepada bentuk poster dan sebagainya.
GIF Animation: Susun beberapa gambar dan tukarkannya kepada file animasi GIF.
Featured Printer: Mencetak gambar untuk tugas khas seperti gambar Passport atau kalender
Screen Capture: Merakam imej pada skrin monitor dan menyimpannya begai satu file gambar.
Color Picker: Pilih warna daripada pixel skrin.
RAW Converter: Menukar gambar berformat RAW kepada JPEG.
INKSCAPE: Alternatif percuma kepada Adobe Illustrator
Inkscape ialah satu perisian percuma untuk mengedit grafik berasaskan vektor, selalunya digunakan oleh artis illustrator digital.
Jika anda hanya ingin mengedit gambar-gambar produk dan menghasilkan katalog atau flyers digital, saya mengesyorkan anda memuat turun Photoscape sahaja. Saya akan bimbing anda memuat turun dan memasukkan (install) Photoscape dalam entri ini.
Labels: Nota StudioKenaria, Tips, Tips Grafik, Tutorial Studio Kenaria
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home