19 Oct 2013

WAHM & Pengalaman Menyekolahkan Anak.

Dua hari lagi anak pertama kami, Ayisha, akan menghadapi peperiksaa akhir tahun satu. Sebelum dia bersekolah, saya selalu mendengar cerita rakan-rakan yang lebih sibuk & risau dari anak-anak mereka bila tiba musim peperiksaan. Pada awal persekolahan Ayisha, saya & suami masih tak nampak apa yang perlu dirisaukan bila Ayisha menerima keputusan peperiksaan awal tahunnya. Tapi, bila tiba peperiksaan pertengahan tahun, keputusan peperiksaan sekolah agama Ayisha agak merosot. Dalam takut-takut Ayisha maklumkan kepada kami tentang markah-markahnya. Kami tidak mahu menjadi ibu bapa yang meletakkan jangkaan yang tinggi pada keputusan, yang penting ialah usaha & kesungguhannya untuk belajar.

Apa yang saya perhatikan, kadang-kadang Ayisha agak over-confident. Mungkin kerana dia sudah lancar membaca sebelum mendaftar di kelas pra-sekolah lagi, menyebabkan dia kurang berminat membuat ulang kaji. Jadi, untuk peperiksaan akhir tahun ini, kami telah khaskan dua minggu terakhir sebelum peperiksaan sebagai minggu ulang kajinya. Alhamdulillah, bila saya bersama-sama duduk menemannya mengulang kaji, nampak kesungguhan Ayisha untuk belajar. Jadi, apa pun keputusannya nanti, kami akan berpuas hati atas usaha yang ditunjukkannya.


Tahun depan memerlukan perhatian yang lebih untuk memastikan Ayisha dapat menyesuaikan diri dengan sekolah dan persekitaran baru di Terengganu nanti.

asas blog, tips blog, asas grafik, tutorial grafik
Sejak umur tiga tahun Ayisha minta untuk dihantarkan ke tadika. Walaupun terlalu awal, kami daftarkan juga Ayisha di Tadika Pasti. Sebulan pertama Ayisha akan menangis bila tiba ke tadika. Alhamdulillah, insiden menangis berhenti tetapi hanya bertahan di tadika selama empat bulan sahaja. 

bisnes kreatif, WAHM, SOHO
Masa umur Ayisha lima tahun, kami daftarkannya di Pusat Kumon untuk kelas Bahasa Inggeris. Saya sangat-sangat mengesyorkan Pusat Kumon kepada semua ibu bapa. Yurannya yang sangat murah & setiap pelajar diajar & dinilai secara individu. Sepertimana yang gurunya janjikan, dalam masa tiga bulan, Ayisha mampu membaca. Alhamdulillah, selepas setahun, Ayisha tersenarai dalam ASHR (Advance Student Honorary Roll). Award diberi sebagai kepada pelajar yang belajar advance sekurangnya 6 bulan dari tahap umur masing-masing. Ada tiga level, Gold untuk yang advance 3 tahun, Silver untuk advance 2 tahun & Bronze untuk 6 bulan. Ayisha dah mula belajar syllabus darjah dua, jadi dapat bronze medal. Award ASHR ni bukanlah target atau tujuan menghantar kami Ayisha ke Kumon. Tapi tetap bersyukur dan berbangga dengan pencapaian Ayisha setakat ini. Sebaik saja masuk darjah satu, kami terpaksa keluarkan Ayisha dari Kumon kerana sessi persekolahannya yang padat dari awal pagi hingga ke lewat petang.  

bisnes kreatif
Sessi pra-sekolahnya di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan, Sg. Ramal, Kajang.

Awal tahun 2013, Ayisha memulakan persekolahannya tahun satunya di Sekolah Kebangsaan Leftenan Adnan di sessi petang, dan sessi paginya dia ke Sekolah Agama Rahmaniah Sg. Ramal, Kajang. Sejak suami berhenti kerja & bersama-sama saya mengusahakan Artchetak, kami bergilir-gilir. Suami akan menghantar Ayisha ke sekolah pagi dan saya pula akan menghantar & mengambil Ayisha untuk sessi ekolah petangnnya.

Alhamdulillah, dengan peluang menjadi seorang WAHM saya dapat bekerja mengikut jadual yang fleksibel. Jadi, tugas menghantar & mengambil anak-anak juga boleh dibuat sendiri. Yang lebih penting, saya dapat bersama dengan anak-anak untuk setiap detik penting mereka. Walaupun ada pengorbanan yang perlu dibuat, masa bersama suami & anak-anak lebih besar ertinya. 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home