Tutorial PhotoScape: Muat Turun Secara Percuma.
Dalam entri ini, saya akan bimbing anda memuat turun & membuat installation perisian Photoscape. Mudah saja, namun, jika ada sebarang masalah, boleh hubungi saya di Facebook Studio Kenaria.
Sila le laman web Photoscape untuk langkah pertama, di sini.
1. Klik pada butang 'Free Download' di atas. Anda perlu berhati-hati agar tidak memilih butang yang salah. Jangan terburu-buru klik pada mana-mana butang yang tertulis 'Download' atau 'Download Now'.
2. Ada tiga pilihan sumber muat turun yang anda boleh pilih, seperti yang saya bulatkan di atas. Jika anda memilih sumber yang paling atas, muat turun akan berjalan secara automatik selepas anda klik pada butang tersebut.
3. Saya menggunakan Google Chrome sebagi browser pilihan saya. Muat turun bermula apabila butang seperti di atas wujud pada status bar browser anda. Tunggu sehingga muat turun tamat dan klik pada butang seperti di atas.
4. Untuk memulakan installation, anda perlu klik pada butang 'I Agree -install'. Dan skrin seperti di bawah akan keluar untuk langkah seterusnya.
5. Klik pada 'I Agree' dan installation akan dimulakan.
Setelah installation tamat, perisian Photoscape akan dilancarkan secara automatik. Jika tidak, anda boleh ke butang 'Start' di bahagian bawah kiri skrin anda dan mencari perisian tersebut secara manual. Berikut adalah skrin muka 'home' perisian Photoscape menandakan installation anda telah lengkap.
Labels: Nota StudioKenaria, Tips, Tips Grafik, Tutorial PhotoScape, Tutorial Studio Kenaria
2 Comments:
Terma kasih ribu ribu emon Durra. Saya memang tenah mencari-cari software sesuai untuk produk saya. Terima kasih.
Terima kasih kembali, sudi jenguk blog SK ni. Semoga artikel ni dpt membantu.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home