22 Oct 2013

Rumah Inspirasi: Satu Motivasi

Selain sokongan keluarga yang menjadi tulang belakang, saya turut mencari dan mendapatkan motivasi & inspirasi dari pelbagai sudut. Antaranya ialah angan-angan untuk membina rumah idaman. Sejak membeli unit kondo yang kami diami ini, saya kurang memikirkan tentang rumah idaman. Tetapi setelah kami jual kondo ini dan merancang untuk pulang ke kampung, membina rumah idaman kembali menjadi satu motivasi untuk berusaha lebih kuat.

Baru-baru ini, suami saya telah memperkenalkan satu program TV Britain, Grand Designs yang menayangkan pelbagai projek pembinaan rumah oleh individu awam. Kebanyakannya pasangan suami isteri yang membina rumah idaman mengikut budget masing-masing. Setiap projek mempunyai keistimewaan tersendiri dan dapat memberi berbagai idea & inspirasi jika anda juga ingin atau bakal membina rumah idaman.
Apa yang paling saya suka tentang rancangan ini adalah, hampir semua individu atau pasan ini terlibat secara langsung dalam pembinaan rumah mereka. Malahan ada yang membina rumah idaman mereka sendiri, dari kerja-kerja penggalian tapak rumah, memasang ground beam, batu-bata dan konkrit sehinggalah kerja-kerja dekorasi rumah. Jangka masa projek memakan masa dari 4 bulan hingga ada yang 3 tahun lamanya. Dan program ini menceritakan kesemua tahap pembinaannya.

Setakat ini, rumah kesukaan saya ialah hasil rekaan & binaan seorang pereka dalaman, Kathryn Tyler. Beliau  mengambil masa lima tahun untuk mereka & membina rumah idamannya ini yang diberi nama Corkellis House, berdasarkan konsep Scandinavian. Berikut adalah antara ciri-ciri rumahnya yang paling saya sukai. Kesemua gambar dari laman web Kathryn Tyler iaitu Linea Studio.

Pandangan rumah dari laman hadapannya yang juga mempunyai satu ruang letak kereta bawah tanah.

Gabungan bata yang dicat putih & kemasan kayu adalah eleman yang paling menarik pada saya. Kathryn memilih bata konkrit dan kayu oak kerana dua bahan ini akan menjadi lebih menarik apabila dimamah usia.

Konsep dapur terbuka antara satu lagi ciri yang sangat saya minati selain gabungan elemen kayu dan kemasan lantai simen ditambah cat putih untuk dinding. Konsep bata bercat putih untuk dinding dapur asalnya adalah idea untuk projek pelanggannya tetapi telah ditolak dan Kathryn menggunakan konsep ini untuk dinding dapur rumahnya pula.

Cat putih & juga kemasan tingkap cermin yang besar menjadikan ruangan tampak besar & simple, sesuai untuk digayakan dengan apa jenis perabot. 

Gambar-gambar berikut pula adalah daripada laman web Dwell.com

Kathryn di balkoni yang agak tersorok. Dinding putih yang meninggi sehingga ke balkoni itu juga menempatkan pendiang api.

Konsep rak terbuka memberi ruangan yang besar untuk pengaliran udara & cahaya.

Cerah, simple & kemas.

Kathryn mahukan sebuah rumah yang praktikal dan sesuai dengan kemampuan kewangannya. Nampak mewah, tetapi rumah ini dibina dengan budget yang sederhana. Kathryn menggunakan bata rejects dari kilang untuk bahagian dinding. Sebahagian besar perabotnya adalah vintage atau perabot terpakai yang dikumpulnya sejak 10 tahun sebelum rumah ini dibina. Dan untuk memjimatkan kos, kerja-kerja pemasangan batu-bata & mengecat, dibuat oleh Kathryn sendiri bersama-sama tunangnya.

Saksikan projek pembinaan rumah idaman Kathryn dalam salah satu episod Grand Designs melalui video Youtube ini.


Apa pula motivasi anda?


It takes hands to build a house, but only hearts can build a home.  ~Author Unknown

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home