Tandatangan Automatik Di Bawah Post (Bahagian 1)
Tutorial ini terpaksa saya bahagikan kepada tiga bahagian. Dalam bahagian pertama, saya akan bimbing anda menghasilkan satu imej simple tandatangan menggunakan aplikasi Inkscape. Jika anda belum muat turun aplikasi ini, boleh rujuk entri ini untuk langkah muat turun & installation Inkscape. Selain Inkscape, anda bebas menggunakan apa saja aplikasi yang anda fikir sesuai dan boleh terus ke bahagian kedua.
Secara umumnya, tutorial ini akan memperkenalkan beberapa tool asas Inkscape. Saya menggalakkan anda bereksperimentasi dengan Inkscape seberapa kerap yang boleh untuk lebih cekap mengendalinya. Saya cuba untuk membekalkan seberapa banyak imej visual agar tutorial ini mudah difahami. Mari kita mula.
1. Buka aplikasi Inkscape, pergi ke File > Document Propertis. Tukar unit kepada cm dan masukkan ukuran berikut:
- Width: 5.00 & Height: 2.00
2. Klik View > Zoom > Page Width. Dokumen sudah sedia untuk langkah seterusnya.
3. Untuk hasilkan objek bentuk, pilih salah satu antara tool objek seperti di bawah (3). Saya mahukan bentuk bulat. Drag kursor hingga anda mendapat bentuk & saiz yang diingini.
Drag sambil menekan kunci 'Ctrl' pada keyboard anda untuk bentuk bulat yang tepat.
4. Bagi menukar warna fill dan stroke (garisan) objek anda, klik di ruangan ini (4) dan window 'Fill and Stroke" akan dipaparkan dibahagian kanan aplikasi Inkscape.
Anda perlu slide kursor di bar 'A' untuk mengubah transparency setting agar warna yang anda pilih timbul pada objek tersebut.
5. Untuk menukar saiz objek, klik pada objek yang berkenaan dan drag bentuk arrow ini sehingga mendapat saiz yang diinginkan. Sekali lagi, anda perlu drag sambil menekan kunci 'Ctrl' pada keyboard anda untuk nisbah saiz yang tepat.
6. Gunakan tool 'Text Objects' untuk memasukkan teks. Menu tools untuk teks berada di atas, pilih jenis dan saiz font dan klik pada mana-mana ruang artwork untuk mula menaip.
7. Untuk mengedit warna teks, ulang saja langkah seperti di nombor 4.
8. Setakat ini artwork tandatangan saya hampir siap. Ada satu lagi adjustment yang ingin saya buat. Jika anda perhatikan, perkataan 'kenaria' berada di atas huruf 'O'. Saya mahukan huruf 'O' ini berada di atas 'kenaria'.
9. Jadi saya select perkataan 'kenaria' dan pilih Object > Lower to Bottom.
10. Sekarang, kedudukan perkataan 'kenaria' berada di tempat yang saya mahu dan artwork saya sudah sedia untuk disimpan dan dieksport ke format PNG.
11. Klik butang File > Save. Pilih folder, namakan fail artwork. Pastikan format fail ialah 'Inkscape SVG' dan klik 'Save'.
12. Langkah terakhir ialah untuk mengeksport fail SVG ke format PNG. Klik File > Export Bitmap. Pada window 'Export Bitmap', klik pada tab 'Page' dan pastikan fail anda adalah dalam format PNG (namafail.png) pada ruang 'Browse' dan klik 'Export'. Tutup window tersebut dan juga aplikasi Inkscape. Kita akan sambung pula ke bahagian kedua.
Labels: Tutorial Blog, Tutorial Inkscape, Tutorial PhotoScape, Tutorial Studio Kenaria
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home