23 Oct 2013

Tutorial PhotoScape: Mudahnya Buat Kolaj Gambar

Dalam entri Panduan Mudah Mengambil Gambar, antara tips yang saya kongsi ialah, ambil gambar produk dari pelbagai sudut. Kita kemudiannya boleh gabungkan gambar-gambar tadi dalam satu bentuk kolaj. Melalui PhotoScape, kita boleh menghasilkan kolaj gambar produk kita dengan sangat mudah. Malahan boleh juga kita guna untuk menghasilkan kolaj gambar-gambar dari koleksi peribadi.


Tutorial kali ini akan membantu anda untuk membuat kolaj gambar dengan PhotoScape.

1. Buka aplikasi PhotoScape dan klik pada butang 'Page'
photoscape, asas grafik, kolaj gambar

2. Pilih folder yang mengandungi gambar-gambar produk dan semua thumbnails akan terpapar di ruangan bawahnya.
photoscape, edit gambar, tips grafik

3. Buat pilihan size artwork yang anda mahu di butang 'Size'

4. Terdapat lebih daripada 100 jenis susunan layout kolaj untuk anda pilih. Klik mana-mana layout yang anda suka.

5. Drag gambar-gambar pilihan dari thumbnails yang berkenaan ke ruangan petak yang anda mahu. Anda boleh resize skala gambar mengikut kesesuaian.

6. Setelah semua gambar berada diposisi yang anda mahu, anda boleh mencuba untuk menukar setting pada bahagian 'Margins' (jarak antara gambar), 'Round' (saiz bulat di sudut setiap gambar) dan 'Background' (tukar warna latar). Anda boleh juga masukkan kesan khas bingkai setiap gambar dengan membuat pilihan di butang 'Frame'.

7. Setelah anda berpuas hati, bolehlah simpan artwork dengan menekan butang 'Save'.

Mudah bukan? Kalau belum muat turun PhotoScape, anda boleh rujuk entri ini.

Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home