23 Oct 2013

Tutorial Inkscape: Muat Turun Secara Percuma

Muat turun aplikasi Inkscape adalah proses yang cukup mudah. Ikuti langkah-langkah seperti yang dijelaskan di bawah.

1. Pergi ke laman web Inkscape.org dan klik pada butang 'Download' pada menu sebelah kiri laman.

2. Muka laman download akan keluar seperti di bawah dan klik pula pada butang 'Download Now'.



3. Download adalah secara automatik, status proses boleh dilihat pada bar bawah browser ada.


4. Setelah muat turun selesai, proses installation akan bermula, tetapi anda perlu membuat pilihan bahasa terlebih dahulu. Setelah itu, klik pada butang OK


5. Skrin berikut akan keluar dan anda hanya perlu menekan butang 'Next', begitu juga pada beberapa skrin yang seterusnya.


6. Klik pada butang 'Install' untuk memulakan proses installation.


7. Proses selesai apabila skrin berikut dipaparkan. Klik pada 'Run Inkscape' dan kemudian pada 'Finish'. Aplikasi Inkscape akan dimulakan.


Berikut adalah paparan utama aplikasi Inkscape. Kini anda sudah boleh meneroka aplikasi ini & membiasakan diri dengan pelbagai ikon dan menu yang ada.


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home