25 Oct 2013

Tips Rekaan Layout Blog

Saya bukanlah pakar reka blog tetapi sedikit sebanyak pengalaman berblog sejak 2009, dapat memberikan saya sedikit sebanyak idea untuk memberi beberapa tips & panduan untuk rekaan layout (susun atur) blog yang menarik.

Pastinya jika baru mula berblog, anda pasti teruja untuk memasukkan pelbagai gajet atau widget untuk membuat blog tampak lebih menarik. Tetapi jika terlalu banyak, ianya akan menjadi gangguan kepada pembaca. Jadi bukannya dapat menarik lebih ramai orang malahan, mungkin menyebabkan pembaca tidak lagi mahu menjenguk blog kita. Jadi, apa yang boleh kita buat? Berikut adalah beberapa tips panduan asas untuk rekaan ‘wajah’ laman blog kita.

tips susun atur blog

1. Jadikan warna putih sebagai asas.
Merujuk kepada entri Blog Inspirasi, hampir kebanyakan bloggers kreatif khasnya, menggunakan warna putih sebagai asas utama dalam blog mereka. Walaupun ada yang menganggap ianya agak membosankan, warna putih ini ada beberapa kelebihan penting. Pertamanya, blog anda nampak lebih kemas dan mudah dibaca. Jika entri anda mempunyai banyak gambar, warna latar putih akan membuatkan gambar anda lebih menyerlah. Selain itu, ia mudah dipadankan dengan pelbagai jenis warna untuk icon, gambar header, imej side bar dan sebagainya.

Untuk anda yang sukakan warna terang & bold, tidak bermakna anda perlu korbankan warna pilihan anda, cuma cuba untuk gabungkannya dengan warna putih. Anda masih boleh menggunakan warna-warna terang tapi jika boleh, elakkan sebagai warna latar.


2. Blog kita adalah jenama kita.
Anggap blog sebagai satu showcase personaliti kita. Pilih konsep, gabungan warna, tema dan font yang paling serasi. Jika masih kabur-kabur, uji beberapa idea dan pilihlah yang paling sesuai. Hasilkan beberapa inspiration boards sebagai panduan anda. Jangan terlalu bergantung kepada template standard yang ditawarkan oleh blog ataupun template percuma yang lain.

InsyaAllah, Studio Kenaria akan bimbing anda untuk membuat sendiri gambar latar, gambar header dan macam-macam lagi, melalui pelbagai tutorial & tips.

3. Hadkan ketinggian blog.
Bantu pembaca anda layari blog anda dengan lebih mudah dengan memendekkan kadar scroll. Bergantung kepada kandungan entri anda, sekiranya setiap satunya agak panjang, hadkan paparan blog kepada 2 atau 3 entri sahaja.

4. Awasi penggunaan warna & font.
Antara kesilapan yang selalu blogger baru lakukan ialah menggunakan terlalu banyak font sehingga hilang keseragaman dalam format artikel. Sebaiknya hadkan kepada dua atau tiga jenis sahaja. Jika berlebihan, mungkin pembaca tidak dapat membezakan mana satu tajuk, isi, paragraph dan sebagainya. Dan ini boleh membuatkan kita kehilangan pembaca. Begitu juga dengan pengunaan warna.

5. Gajet/Widget: Jangan letak jika tidak perlu.
Antara perkara yang amat mengganggu ketika membaca blog ialah penggunaan widget berlebihan terutamanya yang melibatkan animasi & bunyi seperti widget Music Box atau Jukebox dan animated cursor. Lebih mengganggun jika anda meletakkan widget di tempat yang tersorok sehingga sukar untuk pembaca menghentikan lagu yang dimainkan. Harus diingatkan, kandungan blog adalah fokus untuk menarik pembaca, bukannya widget yang tidak sesuai.

6. Kemaskan sidebar.
Sekali lagi kita perlu ingat, kandungan blog adalah fokus utama. Sidebar yang tidak tersusun rapi boleh menjejaskan fokus pembaca. Jika boleh, panjang/tinggi sidebar tidak melebihi panjang/tinggi paparan entri blog. Bagi yang ingin masukkan blogroll (senarai links) pada sidebar,  sebaiknya hadkan senarai blog. Ataupun, letakkan senarai blogroll pada pada satu page khas dan letakkan butang link ke page tersebut di sidebar anda.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home