Keseronokan Maksima dengan Kos Minima.
Kreativiti bukan sahaja melibatkan seni lukis, kraftangan, seni visual dan sebagainya. Bahkan, kehidupan seharian kita memerlukan kreativiti dalam apa jua keadaan. Kaum ibu adalah antara golongan yang kreatif. Lebih-lebih lagi suri rumah yang berhadapan dengan batasan kewangan. Kreatif menghasilkan menu yang sedap-sedap dengan bahan-bahan asas yang tidak membebankan poket. Kreatif menguruskan keperluan keluarga dengan sumber yang terhad serta kreatif menyediakan persekitaran yang menyeronokkan dengan kos minima. Aktiviti riadah adalah salah satu antaranya. Dan untuk menambah keriangan anak-anak, saya akan sediakan aktiviti kraf untuk mengisi masa riadah kami.
Pekerjaan suami saya sebelum beliau berhenti adalah mengikut shift atau jadual yang mana kebanyakan off daynya jatuh pada hari bekerja (weekday). Semasa saya masih bekerja, jarang sekali kami dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama. Semua berubah setelah saya memulakan kerjaya sebagai seorang WAHM. Hari cuti suami yang jatuh pada hari bekerja biasa adalah satu kelebihan kerana kami berpeluang beriadah di tempat-tempat awam dengan lebih selesa.
Pelbagai taman di sekitar Putrajaya & Sg.Congkak merupakan destinasi pilihan yang kerap kami pergi kerana lokasinya yang berdekatan dengan rumah. Saya akan sediakan menu ringkas pada awal pagi atau pun sekadar membeli sarapan seperti nasi lemak bungkus, kuih-muih atau roti sandwich, sedikit makanan ringan dan minuman. Di samping itu, saya akan pastikan juga disediakan ialah barang-barang kraf atau seni yang simple seperti kertas lukisan, pensil warna, manik-manik dan pelbagai barang kraf yang memang tersedia di rumah. Aktiviti-aktiviti sebegini bukan saja memberi keseronokan tetapi turut menyumbang kepada perkembangan pembelajaran awal untuk anak-anak pra-sekolah.
Gunakan kemudahan internet untuk muat turun pelbagai printable untuk aktiviti anak-anak.
Jika masa tidak mengizinkan, saya akan beli kit warna murah yang dijual di kedai berhampiran rumah.
Ataupun kita boleh saja gunakan bahan-bahan semulajadi sebagai bahan seni untuk anak-anak gubah.
Alat-alat kraf ini memang tersedia di rumah untuk kegunaan bila-bila masa.
Oleh kerana Ayisha sudah memasuki persekolahan pada tahun ini, kekerapan aktiviti riadah seperti ini terpaksa kami kurangkan kepada masa hujung minggu saja. Namun, saya sangat-sangat bersyukur dapat menyediakan suasana persekitaran yang menyeronokkan untuk anak-anak berdasarkan kemampuan kewangan, masa & tenaga.
Labels: Jurnal Peribadi
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home