27 Oct 2013

Tandatangan Automatik Di Bawah Post Blogger (Bahagian 3)

Kita akan mula menggunakan sedikit coding CSS dalam bahagian terakhir ini. Tidak perlu risau, anda cuma perlu copy & paste sahaja kod CSS yang akan saya berikan ke ruangan khasnya. Ini adalah bahagian yang paling mudah di antara ketiga-tiga bahagian tutorial ini.

1. Mula-mula, anda perlu log masuk ke akaun blogspot anda.

2. Di laman home akaun, pergi ke 'Template'.


3. Kemudiannya, klik butang 'Customize'.
tips blog, tutorial blog


4. Klik pada 'Advance' dan scroll menu di sebelahnya sehingga anda jumpa 'Add CSS'.
asas CSS, asas HTML


5. Copy kod di bawah dan masukkannya di ruangan 'Add CSS' tadi.
.entry-content:after {content: url(YOUR-IMAGE-URL-HERE);}

6. Langkah seterusnya, buka satu lagi browser, buka akaun photobucket anda. Rujuk bahagian dua tutorial ini, dan buka skrin 'Share the photo' artwork tandatangan anda. Klik pada link di 'Direct', secara automatik link tersebut akan di salin (copied).
photobucket


7. Pergi semula ke ruang 'Add CSS' tadi dan paste link tersebut menggantikan 'YOUR-IMAGE-URL-HERE' , seperti contoh berikut.


8. Sudah hampir ke penghujung tutorial. Klik 'Apply to Blog' dan seterusnya 'View Blog' anda. Sekarang, semua post anda mempunyai tandatangan anda. Dan setiap kali anda membuat entry baru, tandatangan ini akan dipaparkan secara automatik.

Jika anda rasa saiz tandatangan ini kecil, anda boleh mengubahnya dengan merujuk kepada bahagian satu tutorial ini.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home