31 Oct 2013

Pengenalan Kepada 'Fonts'

Memilih font yang sesuai untuk imej visual, sama pentingnya seperti memilih manik untuk tempahan tudung atau baju. Jika tersalah pilih, keseluruhan rupa baju atau tudung, pasti ada yang tak kena, samada terlebih atau terlalu kurang aksesori yang sesuai. Sebelum saya teruskan dengan pelbagai tips & tutorial berkenaan font, saya akan ceritakan serba sedikit tentang font.

1. Kategori.

Font terbahagi kepada beberapa kategori, yang paling banyak digunakan ialah seperti berikut:
a) Serif. Contohnya, Times New Roman, Book Antiqua, Century Schoolbook dan Garamond.
b) Sans Serif. Contohnya, Arial, Century Gothic, Gill Sans dan Verdana
c) Script. Contohnya Bickham Script Pro, Freebooter Script, Palace Script dan Scriptina.
d) Decorative. Contohnya Cheri, Rosewood, Snap ITC dan Stencil.



asas grafik, tips grafik, asas font
Antara kategori font yang paling biasa digunakan. Selain di atas, beberapa kategori lain adalah Slab Serif, OldStyle, Modern dan Dingbats.

2. Sifat (attribute)
Setiap font mempunyai sifat-sifat tertentu yang boleh kita ubah mengikut keperluan. Saya terangkan secara ringkas menerusi carta di bawah.
jenis font, tips grafik

3. Fonts untuk grafik
Pemilihan font yang sesuai dalam rekaan visual, samada untuk cetakan ataupun iklan maya, adalah penting untuk menarik perhatian pembeli. Selain menggunakan font yang tersedia menerusi sistem operasi anda, terdapat beribu-ribu jenis fonts yang boleh anda muat turun, percuma ataupun berbayar. 

Berikut adalah antara laman web yang menawarkan pelbagai jenis fonts percuma untuk anda muat turun & install.



4. Web-safe fonts
Untuk makluman anda, pemilihan font untuk bahan cetakan dan laman web/blog, agak sedikit berbeza kerana tidak semua font  boleh dipaparkan pada browser kita (Google Chrome, Mozilla Firefox dan lain-lain). Jika anda ke Dashboard > Template > Customize > Advance, anda boleh lihat beberapa fonts yang disediakan Blogspot. Kesemua fonts ini adalah web-safe fonts, bermakna hampir semua browser boleh memaparkan dengan betul pada laman web atau blog anda.

google fonts, asas blog, asas html, tips blog, tutorial blog

Bagaimana jika kesemua pilihan ini tidak sesuai untuk kegunaan anda? Saya akan tunjukkannya dengan menggunakan Google Fonts, di tutorial akan datang.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home