6 Nov 2013

Tips Blog: Tambah Page Views Dengan Jump Break.

Hari ini, bertambah satu lagi feature di blog Studio Kenaria iaitu jump break. Apa itu jump break? Di bawah ialah contoh visualnya.  
tips blog, tambah page views

Oleh kerana kebanyakan artikel di Studio Kenaria agak panjang dan mengandungi kuantiti imej dan grafik yang agak banyak, ia mengambil masa loading yang lebih daripada artikel tanpa gambar. Jadi, bagi menyenangkan pembaca, saya masukkan feature ini. Apa lagi kelebihan jump break dan kenapa banyak blog menggunakan kemudahan ini?

Antara faktor utama ialah untuk menaikkan rate atau kadar page views kerana pembaca akan membuka satu lagi page lain untuk membaca artikel penuh. Selain itu, dari aspek housekeeping, paparan blog kelihatan lebih kemas & mesra pembaca kerana tempoh loading laman blog lebih cepat. Dengan adanya jump break ini juga, kita boleh muatkan lebih banyak post tanpa memaksa pembaca skrol terlalu lama ke bawah dan  pembaca juga dapat melihat sneak peek setiap post di blog kita.

Bagaimana cara untuk meletakkan jump break ke dalam setiap post? Cara yang saya akan tunjukkan ini mudah dari segi setting kerana tidak menggunakan sebarang kos HTML atau CSS tetapi anda perlu memasukkan jump break ke dalam setiap post secara manual. 

1. Setelah log masuk ke akaun blogger, pergi ke Post > Edit artikel terbaru anda. Pilih bahagian perenggan yang ingin anda sembunyikan dari paparan utama dan klik pada ikon 'Jump Break'.
asas blog, asas grafik

2. Anda akan nampak satu garisan bar muncul. Kesemua ayat di bawah garisan tersebut akan tidak akan berada di laman utama blog anda. Ia akan keluar apabila pembaca klik pada teks 'Klik untuk artikel penuh'. Untuk menyimpan perubahan ini, klik 'Update'.

3. Jika anda ingin menukar ayat 'Klik untuk artikel penuh', pergi ke Layout dan klik pada butang 'Edit' di bahagiab bawah petak 'Edit Posts'.
tutorial blog, tips blog

4. Masukkan ayat yang anda inginkan di dalam kotak seperti di bawah dan seterusnya klik save setelah anda selesai membuat konfigurasi lain, jika ada.
klik untuk baca artikel penuh

Ulang langkah 1 & 2 pada setiap post anda dan klik 'Update' untuk menyimpan setiap perubahan ini. Proses ini agak mudah tetapi mengambil masa yang lebih sekiranya blog anda mempunyai senarai post yang panjang.

Bagaimana untuk memastikan setiap kali pembaca klik pada link  jump break ini, artikel penuh akan keluar dalam satu window tab yang lain? Balik kepada blog anda, pergi ke Template > Edit HTML. Klik kursor pada mana-mana bahagian dalam kotak kod HTML dan tekan Ctrl+F dan satu kotak kecil 'search' akan keluar dalam kotak kod HTML terbabit. Copy ayat di bawah dan paste ke dalam kotak search berkenaan.
<a expr:href='data:post.url + &quot;#more&quot;' expr:title='data:post.title'><data:post.jumpText/></a>
Ganti keseluruhannya dengan ayat di bawah dan klik Save > View Blog.
<a expr:href='data:post.url + &quot;#more&quot;' expr:title='data:post.title' target='_blank'><data:post.jumpText/></a>

Selamat mencuba!

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home