1 Nov 2013

Tips Facebook: Saiz Petak Gambar 'Share Photo'

Kali ini saya akan kongsi tips saiz petak gambar 'Share Photo' di Facebook. Kebanyakan gambar mempunyai saiz yang standard. Dan bila kita muat naik menerusi 'Share Photo' saiz asal gambar ini tidak akan dapat memenuhi ruang yang tersedia, menyebabkan gambar atau imej kita terpotong atau terselindung seperti contoh di bawah. 
Saiz gambar share photo di Facebook


Kita boleh saja klik pada 'Reposition Photo' untuk mengubah kedudukan gambar supaya bahagian penting gambar itu dapat ditonjolkan. Tetapi ini belum tentu dapat menyelesaikan masalah.

saiz petak share gambar


Untuk memastikan gambar tertera dengan tepat mengikut keperluan, ialah dengan mengubah dimensi gambar asal mengikut setting saiz bagi petak 'Share Photo' iaitu 403px x 403px.
asas grafik, tips grafik


Sesudah anda ubah saiz gambar atau imej terbabit, muat naik seperti biasa. Seperti mana grafik di bawah yang telah diubah suai kepada saiz 403px x 403px, tiada lagi masalah bahagian yang terselindung.

tips facebook, ubah suai gambar, edit gambar, saiz gambar facebook


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home