5 Nov 2013

Tips Grafik: Apa Itu White Space?

"Kenapa banyak sangat ruang putih ni? Kami bayar untuk full-colour print, rugi lah macam ni."

"Tolong penuhkan semua ruang kosong. Letak je semua gambar yang ada, tak la nampak membosankan."

Ini antara komen dari pelanggan yang pernah saya terima apabila selesai menyiapkan artwork rekaan kad kahwin, flyers dan sebagainyaDan saya pasti, ramai di antara rakan-rakan usahawan SOHO & WAHM yang turut mempraktikkan perkara yang sama apabila menyediakan iklan atau blog sendiri. Jadi, kali ini, saya akan memperkenalkan satu istilah yang biasa digunakan dalam rekaan grafik iaitu WHITE SPACE. Jika digunakan dengan betul dalam gubahan grafik iklan ataupun blog, white space ini akan membuatkan hasil kerja kita akan lebih menarik dan iklan kita lebih berkesan.

Apa itu ‘White Space’?


White Space ialah ruangan kosong antara elemen-elemen dalam satu-satu rekaan visual samada bahan bercetak, iklan digital atau pun laman web dan blog. Elemen-elemen tersebut termasuk teks, imej, gambar, perenggan, header, footer dan sebagainya. Apabila kesemua elemen-elemen ini digabungkan dalam satu gubahan rekaan visual, ruangan kosong di antaranya yang dinamakan White Space. Ia juga termasuk ruangan di antara huruf dalam satu perkataan, ruangan di antara perkataan dalam satu ayat dan ruangan di antara barisan ayat dalam satu perenggan (line spacing).

Contoh penggunaan white space dalam pengiklanan bercetak.apa maksud white space
sumber: advertolog.com

White space tidak terhad kepada warna putih sahaja.jenis white space
sumber: advertolog.com


Berikut adalah contoh penggunaan white space pada rekaan blog.


Apa kelebihan 'white space'?
Dengan menggunakan dua contoh di bawah, saya kongsikan beberapa kelebihannya memasukkan white space ke dalam rekaan visual kita.

1. Mengurangkan 'kesibukan' satu-satu rekaan grafik.
Apabila kita muat seberapa banyak produk dalam satu muka, rekaan itu akan menjadi padat kelihatan 'sibuk' dan 'bersepah'.

Rekaan yang penuh dengan imej & teks dan warna yang agak 'kuat'.

Bezakan dengan yang di bawah.
contoh white space

2. Beri fokus pada yang penting supaya ia lebih menonjol.
Kadang-kadang, jika kita muatkan muka iklan dengan seberapa banyak produk dan teks, ia kehilangan fokus. Sebaiknya kita pilih satu atau dua hot-selling produk dan fokuskan supaya kekuatan produk-produk tersebut dapat ditonjolkan.

3. Susunan grafik yang lebih seimbang & harmoni.
Antara bilik yang padat dgn barang-barang dan bersepah, dengan bilik lapang serta tersusun kemas, mana satu yang lebih sedap dipandang mata? Gubahan grafik kita juga perlu sifat yang sama.

4. Paparan mesra pelanggan.
Grafik yang tidak padat, tersusun & 'lapang' lebih mudah dibaca & difahami pelanggan. Dengan itu, mesej yang ingin disampaikan akan dapat diterima oleh pelanggan dengan lebih berkesan.

5. Elakkan rekaan yang 'menjerit' kepada pelanggan.
Rekaan yang terlalu padat, serta penuh dengan elemen yang seolah-olah ingin menarik perhatian, kadang-kadang memberi kesan seperti sedang 'menjerit'. Apa yang kita buat jika ada penjual datang membuat promosi bertubi-tubi ke arah kita, dengan ayat-ayat jualan yang panjang dan suara yang kuat? Jika saya, saya akan minta diri dan elakkan dari bertembung lagi sekali dengan mereka. Pastikan rekaan kita tidak memberi kesan yang sama kepada pelanggan kita.

6. Karya akan kelihatan lebih professional, anggun dan sophisticated.
Kebanyakan hasil rekaan grafik yang dibuat untuk produk berjenama banyak menggunakan white space.Volkswagen adalah antara gergasi automobil yang banyak mengaplikasikan white space dalam iklan-iklan mereka sejak tahun 1950-an lagi.

Press ads pertama pada tahun 1951

Antara press ads yang masih menjadi sebutan hingga kini. Kekuatan iklan-iklan ini adalah pada teks yang menggunakan bahasa mudah difahami dan menerangkan bagaimana kereta keluaran mereka dapat menyelesaikan isu-isu harian yang sering dihadapi oleh orang ramai.

Salah satu iklan terbaru untuk tahun 2013.

Laman web The Beetle


Sebagai peniaga kecil, kita tidak perlulah berbelanja besar dengan mengupah pakar grafik untuk menghasilkan iklan-iklan sebegini. Cukup dengan mengaplikasi prinsip white space pada gubahan grafik anda. Banyakkan membuat pemerhatian dan latihan serta jangan takut untuk mencuba idea-idea baru. Selamat mencuba!


Labels: ,

2 Comments:

At 21 November 2013 at 06:38 , Blogger Nadia said...

Salam kak Durra.

Salam perkenalan dari saya.
Terima kasih di atas perkongsian yang bermanfaat ini. Sekarang baru saya faham konsep white space ini. Betul kak, white space mampu memberikan daya penarik & lebih berkesan dalam penyampaian maklumat.

Secara automatik saya jadi pengunjung tetap blog Studio Kenaria ini. Teruskan usaha akak berkongsi ilmu bermanfaat seperti ini ya!

 
At 25 November 2013 at 21:49 , Blogger Unknown said...

Akak pun sekadar berkongsi sekadar yang ada. Diharap dapat bantu rakan-rakan bloggers & WAHM lain. Terima kasih kembali ya.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home