13 Nov 2013

Tips Mengambil Gambar Kuih, Kek & Cupcake

Bagi peniaga produk berasaskan makanan seperti kek & cupcake, selain daripada rasa yang enak, gambar produk anda juga perlu mempunyai kekuatan untuk menarik perhatian pelanggan. Adalah kurang tepat jika anda menganggap bahawa gambar tidak menggambarkan keenakan kek. Lihat saja majalah atau buku-buku resepi yang berada di pasaran. Antara buku resepi yang tidak bergambar, dengan buku yang dipenuhi gambar-gambar makanan yang berwarna-warni, mana satu yang akan anda pilih? Gambar yang menyelerakan adalah gambar produk yang baik kerana ia boleh menarik perhatian pembaca untuk bertanya lebih lanjut tentangnya.

"Tapi, saya tak ada budget untuk beli kamera DSLR, macam mana ambil gambar yg lebih cantik?"

Kamera hanyalah satu tool sahaja. Jika anda mampu membeli kamera yang paling mahal sekalipun, tetapi tidak kreatif atau berinovatif dengan teknik-tekniknya, anda akan tetap sukar mendapat shot yang cantik. Saya akan kongsikan beberapa panduan, antaranya dengan menggunakan barang-barang yang ada di sekitar rumah untuk mendapatkan shot yang lebih menarik untuk produk anda. Ingin tahu bagaimana untuk mendapatkan gambar seperti jurugambar professional hanya dengan menggunakan kamera handphone seperti yang saya lakukan di bawah ini.
studio kenaria, tips fotografi, asas fotografi

Kali ini saya hanya gunakan kamera handphone HTC saya yang sudah berumur 3 tahun. Sebelum itu, di bawah adalah beberapa faktor penting yang perlu diberi perhatian untuk menambah baik kualiti gambar produk anda dengan merujuk gambar-gambar yang telah saya ambil.

1. Kemaskan latar belakang
Background yang berserabut akan mengganggu fokus pembaca. Cari sudut yang sesuai agar kek membelakangkan dinding yang kosong atau tiada objek yang begitu hampir sehingga boleh menjejaskan pemandangan. 

2. Pilih props yang bersesuaian.
Apabila anda sudah sediakan sudut yang sesuai, lengkapkan gambar anda dengan props yang sesuai. Perlu diingatkan bahawa props ini bukanlah elemen utama dalam gambar anda, jadi letak seminima mungkin tanpa mengganggu objek utama iaitu produk anda. Namun ia perlu cukup menarik untuk menghiasi gambar anda. Antara yang sesuai ialah sudu & garfu diletakkan di sebelah kek, napkin atau sapu tangan sebagai alas. Boleh juga anda gunakan gelas yang berisi jus. Sekiranya kek anda menggunakan buah-buahan sebagai bahan, mungkin anda boleh susun 1-2 biji buah yang sama bersebelahan kek itu.

3. Guna cahaya semulajadi.
Pencahayaan adalah antara faktor yang paling utama untuk mendapatkan gambar produk yang cantik. Dan untuk produk berasaskan makanan, seperti kek contohnya, sumber cahaya semulajadi adalah yang terbaik. Elak menggunakan flash. Bonus menggunakan sumber semula jadi? Ia percuma & mudah didapati. Tetapi, untuk mendapatkan pencahayaan yang terbaik, anda perlukan cahaya dari dua sudut utama, iaitu main light dan fill light.
tips pencahayaan, tips asas ambil gambar

Main Light- Sumber cahaya utama. Ada juga jurugambar yang menggunakan istilah key-light. Ia boleh jadi datang dari cahaya semulajadi menerusi tingkap atau cahaya dari lampu meja dan sebagainya. Main light ini akan menentukan arah bayang-bayang yang perlu kita beri perhatian ketika pengambaran.
Fill Light- Pencahayaan sekunder. Apa bila kita sudah dapat menentukan arah bayang-bayang berdasarkan main light, kita perlu memenuhi bahagian tersebut dengan fill light. Ini akan membantu untuk membaiki kualiti kecerahan objek dalam gambar kita. Untuk mendapatkan fill light, kita boleh menggunakan alatan yang boleh memantul cahaya. Jurugambar professional akan menggunakan alatan seperti reflektor. Tetapi, kita boleh saja gunakan bahan-bahan yang ada di rumah sebagai reflektor DIY seperti kertas, cadar atau sebarang kain putih. 
Saya cuma gunakan kertas tebal bewarna putih sebagai reflektor DIY dan disandarkan pada kotak kecil.

guna reflektor, reflektor diy, tips ambil gambar
Perhati & bezakan tahap kegelapan bayang-bayang pada corak kuih dan bayang-bayang antara kuih dalam dua gambar di atas. Butiran corak pada kuih masih jelas walaupun bayang-bayang dalam gambar kanan lebin kurang dan nampak lebih lembut.

4.  Ber'main' dengan setting  ISO kamera anda.
Secara asasnya, ISO adalah tahap sensitiviti kamera pada cahaya. Pada tahap yang paling rendah, kamera anda lebih sensitif pada cahaya. Sebab itulah, jika mengambil gambar outdoor, kita boleh guna setting yang rendah, iaitu ISO 100. Semakin gelap sesuatu tempat, semakin tinggilah tahap ISO yang perlu digunakan, tetapi apabila anda menggunakan ISO yang tinggi, kualiti gambar menjadi semakin kurang kerana akan timbul bintik-bintik atau noise pada gambar. Turutan tahap ISO adalah seperti berikut, 100, 200, 400, 800, 1600, 3200, 6400 dan seterusnya.
beza tahap ISO kamera, teknik asas fotografi
Hasil ISO200 lebih baik daripada ISO100 kerana gambar ini diambil di dalam rumah. 

5. Awasi kedudukan aras kamera.
Antara kebiasaan mengambil gambar ialah dengan cara berdiri. Ini menyebabkan kedudukan kamera berada di kedudukan yang tidak berapa sesuai, terlalu tinggi dan dari sudut yang kurang menarik. Tentukan bahagian yang paling menarik pada produk anda dan fokus untuk mendapatkan bidikan yang menyerlahkan bahagian tersebut.
tips blog, tips gambar, tips grafik
Ambil gambar dari pelbagai sudut dan ubah kedudukan kek & props mengikut kesesuaian.

6. Gunakan aplikasi mengedit gambar seperti PhotoScape.
Setelah selesai sessi bidikan, anda boleh menambahbaik gambar-gambar anda dengan menggunakan sebarang aplikasi photo editor yang anda rasakan sesuai. Seperti di entry lama, saya cadangkan PhotoScape. Ianya percuma dan sangat user-friendly. Play around dengan menu & tools yang ada, untuk memperbaiki kelemahan gambar anda. Jangan takut untuk mencuba.
edit gambar, photoscape
Tukar setting 'Bright, Colour', 'Auto Level', 'Auto Contrast', 'Backlight', 'Bloom', dan sebagainya sehingga anda berpuas hati.

Inilah gambar akhir, terhasil berdasarkan tips & panduan di atas.
tips ambil gambar, tips fotografi, teknik asas fotografi

Sekali lagi saya tekankan, kamera itu hanyalah satu tool sahaja. Dengan latihan & sedikit kerajinan, anda mampu menghasilkan gambar yang lebih cantik & menarik, walaupun dengan hanya menggunakan kamera handphone atau kamera kompak biasa. Semoga panduan yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua, terutamanya buat peniaga-peniaga kecil yang menggunakan laman blog & media sosial sebagai medium untuk menambah pendapatan.

Update:Satu panduan mudah yang kami temui di internet, untuk perkongisan bersama.
Ten More Household Items That Can Improve Your Food Photos.

You don't take a photograph, you make it.  ~Ansel Adams

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home