8 Nov 2013

Tips Blog: Back up Blog Anda!

Berapa lama masa yang telah anda habiskan untuk menyiapkan blog sehingga kini? Tidak kira samada anda yang baru berblog untuk beberapa hari, atau ada juga yang sudah bertahun-tahun. Banyak masa dihabiskan, bukan saja untuk mengumpul bahan dan menaip entry, dan malahan, jika anda seperti saya, sentiasa membuat pembaharuan wajah blog agar susunannya memuaskan hati. Tapi bila kali terakhir anda membuat back up blog? 

Masalah blog hacking adalah antara isu keselamatan internet yang tidak boleh kita pandang ringan. Bayangkan jika satu hari, blog yang telah kita usahakan sekian lama diceroboh, dirosak dan dibuang segala kandungannya. Adalah sangat penting untuk kita lakukan penyelenggaraan blog secara berjadual. Back up blog anda sebelum membuat perubahan kod HTML dan CSS atau sekerap yang boleh. Tutorial kami ini sangat mudah tetapi besar peranannya sebagai 'pelampung' sekiranya berlalu sesuatu pada blog kita. Ada beberapa perkara yang perlu kita back up, dan berikut adalah cara-caranya.


1. Back up rekaan susunan template (layout) blog anda.
studio kenaria
Log masuk ke akaun Blogger, dan pergi ke Template dan anda akan lihat butang 'Backup/Restore' di atas kiri skrin. Klik pada butang tersebut dan pilih 'Download Full Template'. 

2. Back up kesemua post dalam satu blog.
tips blog, asas grafik blog
Log masuk ke akaun Blogger, pergi ke Settings > Other. Pada bahagian 'Blog Tools' Pilih 'Export Blog'.

tips blog, cara back up blog
Seterusnya klik pada butang 'Download Blog' 

Muat turun file dalam format .xml akan bermula dan sebaiknya ia disimpan dalam folder yang khas. 

3. Back up semua imej dalam blog anda.
tips blog studio kenaria
Pastikan anda masih dalam akaun Blogger, pergi ke Google Takeout atau log masuk menggunakan akaun Google/Blogger.  Skrol hingga anda berjumpa dengan Media dan klik pada perkataan 'Google+ Photos'. Seterusnya pilih 'Select Photo Album'. Satu senarai album gambar akan keluar, bergantung pada akaun anda, pilih nama blog yang berkenaan.
tips blog
Klik 'Ok' dan anda akan kembali ke menu utama Google Takeout. Klik butang 'Create Archive' dan proses archiving gambar & imej pada blog anda akan dimulakan. Klik 'Download' setelah archiving selesai.

4. Back up keseluruhan blog-blog dalam satu proses.
Sekiranya anda seperti saya, yang mempunyai beberapa blog, anda boleh muat turun back up kesemua blog-blog yang anda miliki dalam satu langkah mudah. Pergi ke Google Takeout, skrol ke bahagian 'Social', klik pada 'Blogger' > 'Select Blogs'. Buat pilihan blog mana yang perlu di back up pada senarai yang dipaparkan, klik 'Ok' dan mulakan proses dengan menekan butang 'Create Archive'. Klik 'Download' setelah archiving selesai.

Sedikit panduan penting untuk operasi selenggara/back up:
a. Buat & simpan jadual selenggara di tempat yang mudah dilihat. Boleh juga gunakan aplikasi pada smartphone untuk mengingatkan anda. 

b. Simpan semua muat turun fail back up dan arkib dalam folder yang khas dan namakannya dengan sesuai agar mudah difahami. 

c. Masukkan tarikh ke dalam nama supaya anda tahu bila tarikh terakhir back up dilakukan. 

d. Sebagai langkah keselamatan, anda TIDAK DIGALAKKAN melakukan back up menggunakan komputer awam. 

Mudah saja bukan? Tiada lagi alasan untuk tidak membuat back up. Ingat ye, mencegah itu lebih baik dari mengubati.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home