24 Nov 2013

Tips Grafik: Prinsip Rekaan Yang "Oh C.R.A.P!"

asas design, asas rekaan, prinsip design, prinsip rekaan

Sebelum saya ke isi kandungan topik kali ini, rasanya lebih wajar saya menjelaskan satu situasi yang rapat dengan para WAHM supaya pembaca lebih mudah faham kepentingan memahami prinsip rekaan. 

Saya pasti ramai yang tahu memasak bukan? Malah ada yang sudah mencapai tahap pakar. Tetapi, sebelum kita semua belajar teknik-teknik memasak, apa yang kita perlu tahu? Sudah pastinya cara menggunakan kelengkapan di dapur, penggunaan rempah ratus dalam masakan, tips untuk menambah keenakan juadah, dan pelbagai lagi. Apa bila kita sudah tahu perbezaan antara oven elektrik & ketuhar microwave, pasti kita tahu mana yang lebih sesuai untuk membakar kek. Ditambah pula dengan bermacam-macam teknik memasak seperti rebusan, memanggang, poaching, slow cooking yang mesti diketahui agar tidak tersilap cara. Selain itu, jika kita tahu perbezaan penggunaan halia, lengkuas beratus-ratus bahan-bahan masakan lain, kita sudah boleh bereksperimen dengan pelbagai resepi. 

Apa kena mengena situasi di atas dengan tips kali ini?


 Jawapannya mudah saja, untuk menghasilkan rekaan grafik yang lebih baik, kita perlu faham prinsip grafik. Berbekalkan kefahaman inilah, yang akan membantu kita membuat pelbagai keputusan yang berkaitan dengan rekaan yang akan kita gubah. Ada banyak prinsip grafik yang boleh dijadikan sebagai panduan, tetapi sebagai permulaan, saya akan sentuh pada empat prinsip saja buat masa ini.

Mari kita fahami maksud 'Grafik' terlebih dahulu. Menurut WikiPedia, 'grafik' (berasal dari perkataan Greek, graphikos) merupakan persembahan visual yang ditunjukkan pada permukaan seperti dinding, kanvas, skrin komputer, kertas, papan dan sebagainya. Contoh grafik ialah gambar foto, lukisan, seni tanpa ton, graf, tipografi, nombor, simbol, reka bentuk geometri, peta, lukisan kejuruteraan atau imej lain. Grafik selalunya menggabungkan teks, ilustrasi dan warna. Reka grafik ialah proses dan seni menggabung teks dan grafik untuk menyampaikan maksud dengan effektif (berkesan) untuk tujuan jenama, pemberitahuan, ilustrasi atau hiburan. Grafik boleh wujud sebagai grafik berfungsi serta berseni atau sesuatu yang boleh menggambarkan perkara yang wujud dalam dunia sebenar.

Jadi, dengan memasukkan satu atau lebih, prinsip-prinsip rekaan ke dalam gubahan visual grafik seperti logo, flyers, business card malahan laman blog, hasilnya pasti akan lebih menarik. Maklumat juga akan dapat disampaikan dengan lebih baik. Mari kita kenal sebahagian prinsip-prinsip ini.

A. Contrast (Kontra)
Jika kita ingin mengiklankan beberapa produk dalam satu ruang iklan, tetapi terdapat satu produk yang istimewa atau dijual dengan harga yang lebih menarik dari biasa, bagaimana caranya untuk menarik fokus pembaca pada produk istimewa tersebut? Kita boleh gunakan prinsip contrast atau kontra. Dengan bermain dengan kontra warna, tona, bentuk atau arah, kita akan dapat menonjolkan satu-satu produk untuk menarik fokus pembaca.
asas grafik blog, asas blog, tips grafik


B. Repetition (Pengulangan)
Pengulangan menghasilkan rekaan yang sepadu. Contohnya dengan menyusun satu abjad secara berulangan, samada di kedudukan rawak atau seragam, boleh menghasilkan corak latar yang harmoni. Atau mengulang bentuk titik disekeling satu objek, boleh menghasilkan bentuk bingkai. Selain itu, pengulangan ini juga boleh digunakan dalam menyusun organisasi blog (header, icon dsb yang seragam). Atau untuk menghasilkan set dokumen yang seragam seperti letterhead, kad nama dan brosur.

asas grafik blog, asas blog, tips grafik

C. Alignment (Keselarasan)
Bila kesemua elemen atau objek di dalam artwork terletak dalam alignment yang baik, keseluruhan rekaan akan nampak lebih tersusun & teratur. Pembaca akan nampak kaitan antara setiap objek maka lebih mudah mereka memahami mesej yang ingin disampaikan. Ia juga akan mewujudkan kesepaduan dalam gubahan visual, bermakna tiada bahagian yang kelihatan terasing atau tidak sesuai dengan keseluruhan gubahan.

asas grafik blog, asas blog, tips grafik

D. Proximity (Kedudukan)
Setiap sususan paparan perlu dirancang supaya kedudukan setiap objek, imej atau teks menampakkan kesatuan. Jarak yang rapat antara dua objek menunjukkan perkaitan antara satu sama lain. Jika diletak berjauhan, pembaca mungkin sukar melihat kesinambungan antaranya. Atau jika terlalu rapat, mungkin akan berlaku kesilapan meletakkan teks pada objek yang tidak bersangkut-paut. Secara visual, gubahan akan nampak lebih tersusun dan lebih mudah difahami pembaca.

asas grafik blog, asas blog, tips grafik

Computers are to design as microwaves are to cooking. (Milton Glaser, an American graphic designer, best known for the I ♥ NY logo)

Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home