16 Nov 2013

Borang Tempahan Online: Memudahkan Pelanggan.

Bagi peniaga-peniaga maya, borang tempahan online adalah antara kemudahan yang perlu anda sediakan di laman web, blog ataupun di Facebook page anda. Borang ini bukan sahaja untuk memudahkan pelanggan membuat tempahan, ianya penting supaya anda boleh memantau proses pembelian. Anda boleh tentukan borang ini dihantar terus ke akaun email anda supaya anda tidak terlepas pandang sebarang tempahan.

Selain borang tempahan, anda boleh mencipta pelbagai borang lain seperti borang pertanyaan, borang pendaftaran, borang kajian dan sebagainya. Terdapat banyak laman web yang menawarkan aplikasi borang secara percuma. Berikut adalah beberapa diantaranya yang sering menjadi pilihan ramai.




Google Forms.
Oleh kerana ia di integrasi di dalam Google Docs, ia adalah salah satu online from builder percuma yang paling popular. Interface nya juga mudah difahami dan boleh dihubungkan terus dengan Google Spreadsheet. Tetapi, Google Forms adalah terlalu simple dan item yang boleh dimasukkan ke dalam borang adalah sangat terhad. Antaranya kemudahan muat naik, contohnya jika pelanggan ingin menghantar resit sebagai bukti belian. Ataupun nombor resit automatik.


Wufoo.com.
Wufoo adalah jauh lebih terperinci. Terdapat pelbagai butiran yang boleh anda masukkan ke dalam borang. Dan anda boleh membuat berbagai-bagai customization seperti warna dan imej latar pada borang anda mengikut citarasa atau kesesuaian dengan laman web, blog atau Facebook. Menggunakan Wufoo sangat mudah dengan cara drag n drop. Terdapat pelbagai lagi kelebihan Wufoo berbanding dengan Google Form, tetapi jika anda menggunakan akaun percuma, ia terhad kepada tiga borang sahaja.


Jotform.com
Jotform adalah pesaing kuat kepada Wufoo. Jotform juga mempunyai pelbagai tools yang boleh dimasukkan ke dalam borang anda seperti kemudahan muat naik fail, notifikasi melalui e-mail, e-signature, nombor resit automatik. Ia juga boleh diintegrasi dengan Google Drive, Drop Box, PayPal dan lebih kurang 100 aplikasi lain. Terdapat beribu template ready-made untuk anda gunakan & edit sesuai dengan keperluan. Apa kelebihan Jotform berbanding Wufoo? Walaupun dengan akaun percuma, jumlah borang yang boleh anda buat adalah tidak terhad.

Jotform adalah pilihan utama saya. Sejak beralih kepada Jotform, saya kekal menggunakannya sebagai form builder kesemua borang online saya. Di masa akan datang, saya akan tunjukkan cara-cara menyediakan borang online dan memasukkannya ke dalam laman blog anda.


Labels: ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home