15 Nov 2013

Pembekal Kotak Baru & Terpakai

Mencari kotak yang sesuai untuk bugkusan barang-barang, agak sukar, terutamanya buat peniaga-peniaga online kecil. Saya sendiri kadang-kadang dihadapi masalah yang sama.

Dan masalah yang sama juga saya hadapi sejak mula berkemas barang-barang untuk berpindah. Mencari kotak yang sesuai, bukanlah perkara mudah. Sudah beberapa kali saya ke kedai-kedai runcit di sekitar rumah, tapi kotak-kotak yang ada, samada nipis atau kecil dan yang bersaiz besar pula seringkali sudah terpotong. Ada juga yang sesuai tetapi kotor. Jadi, setakat ini, kotak yang dikumpul sangat tidak mencukupi.

Jadi, saya dan suami memutuskan untuk membeli saja kotak daripada kilang. Setelah membuat sedikit pencarian internet, saya menemui beberapa pembekal kotak yang berada di Lembah Kelang.

Sila klik pada imej untuk ke laman web masing-masing.





Dan pilihan kami ialah 

Selain kotak-kotak baru, Officeo juga membekalkan kotak-kotak terpakai. Ada pelbagai saiz untuk dipilih, Jangan gusar, walaupun dipanggil 'kotak terpakai', kualiti kotak-kotaknya hampir sama dengan kotak baru. Tetapi kotak-kotak terpakai ini bergantung kepada stok yang ada kerana ramai yang membelinya. Sebaiknya anda hubungi mereka sebelum ke gudang untuk memastikan stok kotak cukup untuk dibeli.

Selain kotak, mereka juga membekalkan bahan pembungkusan seperti bubble wrap, foam wrap, pelbagai jenis tape pelekat, tali, shrink wrap, peanut foam dan juga label pelekat dengan harga yang berpatutan. Dan anda boleh mendapat potongan harga jika membeli dalam kuantiti yang besar. Lokasinya di Balakong, hanya 10km saja dari rumah kami di Kajang.


Semasa memilih kotak, saya terperasan ada bau coklat yang sangat kuat di sekitar kilang. Rupa-rupanya mereka juga turut menjadi pengedar serbuk koko keluaran Felda Holdings iaitu Tiara Cocoa. Serbuk koko ini dijual dalam kuantiti besar sahaja iaitu 25kg setiap guni dan belian minima adalah satu guni. Namun, pegawai bertugas tiada di kilang jadi kami tidak dapat bertanya harganya.

Kami pulang dengan 15 biji kotak, 1 plastik bubble wrap (10 meter) & 1 gulung stretch film atau shrink wrap. Jika tidak mencukupi, kami tak perlu risau lagi kerana sudah ada pembekalnya. 

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home