Bina Borang Online Melalui JotForm
Buat peniaga-peniaga online, elakkan dari menghadapi situasi seperti ini.
Situasi 1: Laman web, blog atau Facebook sudah cantik, tapi tiada nombor telefon untuk dihubungi. Mungkin kerana anda yang tidak selesa untuk memberi nombor telefon kepada orang yang tidak dikenali. Letak alamat email? Kadang-kadang agak melecehkan kerana pelanggan perlu log in ke dalam akaun masing-masing terlebih dahulu. Jadi bila sukar dihubungi, berisiko kehilangan bakal pelanggan yang berpotensi.
Situasi 2: Laman web, blog atau Facebook sudah cantik, tetapi pelanggan perlu email, call atau sms terlebih dahulu. Walaupun puas mencari, tidak berjumpa borang tempahan di laman blog atau Facebook. Kemungkinan pelanggan memilih untuk mencari alternatif lain.
Selain email & telefon, anda juga harus mudah dihubungi pelanggan menggunakan borang online yang diletakkan di laman web, blog atau Facebook. Ikuti panduan asas membina borang online menggunakan JotForm.com.
Dalam entry Borang Tempahan Online: Memudahkan Pelanggan, saya ada kongsi beberapa contoh online form builder percuma. Sebagaimana yang saya sebut, saya memilih JotForm, antaranya kerana :
- ianya user-friendly,
- boleh digunakan untuk laman web, blog, Facebook mahupun aplikasi Andoid untuk mobile booking
- tidak memerlukan pengetahuan teknikal yang tinggi,
- menyediakan pelbagai tools yang penting seperti radio button, drop down menu, upload file, Captcha, automatic number generator,
- setiap borang yang telah diisi akan dihantar terus ke akaun email untuk memudahkan proses tempahan,
- tiada had kuantiti borang
1. Pendaftaran adalah mudah, anda hanya perlu mengisi borang di butang 'SIGN UP' seperti tertera di bawah.
2. Sesudah mendaftar dan log in, anda di bawa ke paparan 'My Forms'. Untuk mula mereka borang, klik pada butang 'Create Form'.
3. Anda boleh memilih samada untuk bermula dengan borang kosong atau menggunakan salah satu daripada 2500 ready-made templates yang tersedia dan boleh membuat penambahbaikan sesuai dengan keperluan masing-masing.
4. Klik 'Categories' untuk lihat semua template mengikut jenis & tema.
5. Jika anda ingin membuat sendiri borang bermula dengan 'Blank Form', pilih butang 'Create Form' dan anda sudah boleh terus menyediakan borang yang diperlukan.
6. Edit setting tool dengan menekan butang berbentuk gear.
8. Bagi beginners, cukup dulu untuk anda gunakan tiga menu 'embed' utama berikut. Ikuti saja arahan yang ada di dalam menu Embed tersebut.
Labels: Nota StudioKenaria, Tips Blog, Tips Facebook, Tutorial Studio Kenaria
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home