30 Nov 2013

Aktiviti Kraf DIY Sepanjang Cuti Sekolah.

Bila tiba cuti sekolah, jadual kerja para ibu WAHM pasti akan sedikit berubah kerana anak-anak berada sepenuhnya di rumah. Sepanjang cuti sekolah, anak-anak saya selalunya lebih kerap menghabiskan masa di kolam mandi yang ada di kawasan kediaman kami, dengan ditemani ayah mereka. Saya pula lebih banyak menyediakan aktiviti kraf untuk anak-anak. Untuk mengelakkan gangguan kerja, aktiviti sebegini adalah antara 'bantuan' yang amat berguna buat saya. Jadi, saya sarankan rakan-rakan WAHM guna saja carian Google untuk mencari idea projek kraf DIY yang mudah & menjimatkan. Atau boleh lawati laman Pinterest saya, ada board khas untuk idea-idea yang sesuai.

Saya berpegang pada moto 'Keseronokan Maksima Dengan Kos Minima'. Berikut adalah antara aktiviti yang saya sediakan setakat ini. Selalunya aktiviti ini dibuat selepas sarapan pagi. Jadi, selepas waktu makan tengah hari, saya agak bebas untuk bekerja tanpa gangguan serius. Kebanyakan bahan-bahan yang digunakan adalah yang ada di rumah dan dikategorikan dalam barang recycle


bisnes kreatif, kraft kulit telur
Kraf kulit telur.
Kulit telur yang telah dibasuh dan dibuang selaput nipis didalamnya, perlu dijemur terlebih dahulu. Setelah kering, warnakan dibahagian dalamnya. Seterusnya, kulit telur tersebut dipecah-pecahkan kepada bahagian-bahagian kecil dan ditampal mengikut kreativiti anak-anak. Jika boleh, sapu dengan gam kraf yang berwarna putih untuk menguatkan lagi hasil tampalan.

kraf kertas kotak
Kraf kertas kotak.
Kertas kotak yang tidak digunakan lagi boleh dijadikan bahan kraf yang sangat versatil. Jadi, bila anak-anak mintak untuk dibuatkan monster, saya gunakan saja kotak kosong yang ada dirumah. Untuk menambah keseronokan, saya potong span kosong menjadi bentuk bulat, segiempat & segitiga sebagai stamp. Matanya dibuat daripada tisu yang digumpal & dicelup dalam adunan gam kraf & warna hitam.

kraf kertas terbuang, kraf diy paper pulp.
Kraf Paper Pulp
Mudah saja untuk menyediakan paper pulp. Potong kecil kertas-kertas majalah atau surau khabar yang tidak digunakan lagi dan rendam di dalam air sehingga lembut. Kemudian, kisar sehingga menjadi sebesar bijirin oat dan tapis atau perah hingga kering. Gaul kertas yang telah dikisar dengan gam kraf dan bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Saya menggunakan acuan pancake yang dibeli di Daiso. 

Untuk melicinkan bentuk, gunakan rolling pin atau alas saja dengan plastik dan ratakan dengan jari. Pastikan lapik yang sesuai kerana kertas tadi telah dicampur dengan gam. Saya gunakan polisterin yang telah dibalut dengan plastik shrink wrap. Setelah selesai, biarkan semalaman untuk kering. Kita boleh warnakannya dengan warna air atau warna acrylic dan lapiskan dengan pengilat kuku lutsinar supaya kelihatan berkilat. Pelbagaikan corak dengan menggunakan gam glitter, manik dan sebagainya.

Mungkin nampak agak melecehkan, tetapi anak-anak pasti seronok dan kita pun boleh dapat label 'cikgu yang best' oleh mereka.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home