Tips Blog: Memahami Asas SEO
"Apa pulak SEO tu?"
"Perlu ke ambil tahu tentang SEO kalau nak berblog sambil-sambilan je?""Tak penting kut, saya nak berblog untuk cari duit sampingan je."
Jika anda sudah biasa berblog, anda pasti biasa berjumpa atau membaca berkenaan SEO. Dan bagi yang baru saja berjinak-jinak dengan dunia blog, saya akan terangkan secara ringkas berkenaan SEO dan kepentingannya.
Dua malam yang lepas saya memutuskan untuk mencuba carian keyword 'asas grafik blog' di laman Google. Saya kira, jika bernasib baik, blog saya yang baru berumur tiga bulan, akan muncul paling awal, pada muka ke enam atau ke tujuh carian google kerana keyword saya 'bersaing' dengan blog para guru dan bakal guru yang mengkhusus dalam mata pelajaran Grafik Berkomputer dan Multimedia. Tanggapan agak tersasar sedikit, blog saya muncul di muka ke tiga. Alhamdulillah. Tapi saya terfikir, bagaimana kalau saya usahakan sedikit saja lagi, mungkinkah hasil carian akan berubah lebih baik?
Inilah yang dinamakan SEO.
Dengan menggunakan beberapa tips SEO, kita dapat ikhtiarkan agar blog kita muncul dalam kedudukan teratas dalam enjin carian internet.
Apakah maksud SEO?
SEO bermaksud Search Engine Optimization. Secara amnya, ia adalah cara-cara kita mengoptimumkan keseluruhan kandungan blog agar tersenarai dalam hasil carian sebarang search engine seperti google, yahoo dan lain-lain.
Apa fungsi SEO kepada bloggers?
Setelah anda berusaha menghasilkan laman blog, dengan 'wajah' yang menarik, kandungan yang informatif, anda sudah tentu mahu ramai yang datang membacanya, bukan? Kuantiti pembaca yang datang ini kita gelarkan 'trafik'. Jika anda mengaplikasi teknik-teknik SEO yang betul, ia dapat menarik lebih banyak trafik ke laman blog. Dan sekiranya anda menggunakan laman blog sebagai medium perniagaan, trafik yang banyak ini berpotensi menjadi pelanggan anda.
Bagaimana pula SEO Google berfungsi?
Google telah menghasilkan satu kaedah algorithm yang boleh menentukan kedudukan ranking satu-satu laman web atau blog. Melalui kaedah ini, Google akan menghantar web crawlers atau web spiders untuk 'merayap' (crawling) ke laman web atau blog untuk memeriksa lebih daripada 100 petunjuk atau indicators yang menentukan samada laman kita itu mempunyai kandungan yang berguna atau tidak. Petunjuk ini termasuklah backlinks, usia domain, kandungan dan pelbagai lagi. Melalui web crawlers inilah kedudukan SEO laman blog kita ditentukan.
Ada tak widget atau plugin SEO untuk Blogspot?
Salah satu perkara yang membezakan Blogspot & Wordpress adalah, ia tidak SEO-friendly. Tiada sebarang widget atau plugin SEO yang boleh digunakan dalam Blogspot. Namun, ini tidak bermakna SEO tidak boleh digunapakai langsung oleh pemilik blog yang menggunakan akaun Blogspot. Dengan beradanya Blogspot di bawah bumbung Google, ia mempunyai kelebihan-kelebihan tersendiri yang boleh kita manipulasi untuk mendapatkan SEO yang lebih baik.
Studio Kenaria akan kongsikan beberapa tips mudah untuk membantu menaikkan kedudukan blog dalam hasil carian search engine.
Labels: Jurnal Peribadi, Tips Blog
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home