1 Dec 2013

Panduan Meletakkan Borang JotForm Dalam Laman Blogger.

Saya ada menerangkan secara asas, cara & panduan untuk membina borang online untuk dimasukkan ke dalam laman web, blog atau facebook di entry ini. Jika anda sudah selesai menyiapkannya, borang online sudah bersedia untuk digunakan tetapi anda perlu terlebih dahulu 'embed' atau meletakkannya dengan cara yang betul dan di tempat yang sesuai. Dalam entry ini, saya akan bimbing anda untuk memasukkan borang anda ke dalam laman blog.

Sila pastikan setting 'Email Alerts' pada borang berkenaan telah ditetapkan agar anda menerima notifikasi secara automatik apabila pelanggan submit borang online tersebut. Jika anda ikuti satu-persatu langkah yang diberi, proses ini sebenarnya mudah saja. Terlebih dahulu, log in ke akaun JotForm dan juga blog anda.


1. Di laman JotForm, klik pada 'My Forms', pilih borang yang berkenaan dan seterusnya klik pula pada 'Edit Form'.
jotform, bina borang tempahan blog

2. Pilih tab 'Setup & Embed'. Kemudian klik pada icon 'Embed Form' yang berada betul-betul di atas tab  'Setup & Embed'. Window 'Embed Form Wizard' akan dipaparkan dah pilih platform 'Bloggers'.
diy borang tempahan, tutorial borang, tutorial blog

3. Anda akan diberi satu kod yang perlu anda copy dan paste kemudian nanti.
bina borang tempahan sendiri untuk peniaga online

4. Seterusnya, di akaun blog, pergi ke Dashboard > Layout. Pilih bahagian di mana anda ingin borang anda dipaparkan. Saya nasihatkan di bahagian bawah jika borang anda bersaiz lebar. Pilih 'Add a Gadget', skrol hingga berjumpa HTML/Javascript dan klik pada icon simbol 'tambah'. Paste kod yang telah anda copy dalam langkah 3, dan klik 'Save' > 'Save Arrangement' > 'View Blog' dan anda sudah boleh melihat borang berkenaan dipaparkan di laman blog anda.



Labels: , ,

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home