14 Dec 2013

Tips Blog: Kepentingan Nama Domain

Alhamdulillah, laman blog Studio Kenaria kini sudah boleh dilawati melalui nama domain www.studiokenaria.com atau studiokenaria.com. Sebagaimana laman blog Artchetak, nama domain Artchetak.com telah saya beli sejak awal-awal saya berblog. Dan setelah laman web siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas, nama domain Artchetak.com saya pindahkan pautannya kepada laman web kami itu.

Apa itu nama domain?
Penting ke penggunaan nama domain?

studiokenaria, studio kenaria, maksud domain




Setiap hosting server yang menyimpan laman web, blog mahupun email diberikan satu alamat yang dikenali sebagai Internet Protocol (IP). Ia diwakili oleh nombor seperti 172.16.254.1 (IP version 4), atau 2001:db8:0:1234:0:567:8:1 (IP version 6). Sudah tentulah tidak praktikal untuk menghafal setiap nombor IP setiap kali ingin mengakses satu-satu laman web atau membuka email. Jadi, nama domain diperkenalkan sebagai satu nama identifikasi khas yang mewakili satu sumber Protokol Internet (IP).

Protokol Internet (IP) menggunakan kod nombor sebagai alamatnya. 

Apabila kita membuka satu akaun di Blogspot, kita akan diberi satu nama domain percuma sebagai contoh, studiokenaria.blogspot.com. Lebih mudah daripada kita menghafal nombor bukan? Selain nama domain percuma, kita sebenarnya boleh mendapatkan nama domain khas yang lebih pendek dan khusus untuk dipautkan ke laman blog. Itulah yang saya lakukan dengan membeli nama domain www.studiokenaria.com agar lebih mudah diingati.

Terdapat banyak extension untuk nama domain ini. Yang paling biasa digunakan ialah '.com'. Selain itu, ada '.gov', '.net', '.com.my' dan pelbagai lagi. Masing-masing ada maksud dan mewakili jenis-jenis organisasi yang tertentu.

Kos membeli nama domain sangat rendah dan ia sebenarnya mampu dimiliki ramai termasuklah peniaga-peniaga online kecil-kecilan. Selain mudah dihafal, ada banyak lagi kepentingan nama domain untuk laman blog atau web yang perlu kita ambil kira.

1. Penjenamaan
Jika anda serius untuk menjenamakan laman blog, ataupun nama perniagaan anda, dapatkanlah nama domain khas yang dihubung ke laman blog anda. Pada masa ini, semua maklumat ada 'di hujung jari', web presence sudah menjadi satu kemestian, walau sekecil mana pun perniagaan anda. Sekiranya kita sendiri biasa membuat carian internet untuk satu-satu produk, sudah pasti pelanggan atau bakal pelanggan kita melakukan perkara yang sama.

Menurut penyelidikan ZMOT yang dilakukan oleh Google dan Shopper Science pada 2011, pelanggan menggunakan pelbagai cara untuk mengenali satu-satu produk sebelum membuat pembelian. Lebih daripda 50% daripadanya menggunakan enjin carian sebagai satu cara membuat keputusan pembelian.

2. Alamat e-mail yang lebih professional.
Sesetengah web hosting provider yang menjual nama domain ini turut menawarkan alamat email yang menggunakan nama domain anda, secara percuma. Dengan alamat email seperti durra@arthcetak.com, ia kelihatan lebih professional daripada alamat email percuma Gmail, mjdurra@gmail.com.

3. Kredibiliti.
Tunjukkan bahawa anda bangga dengan kandungan laman blog anda dan juga perniagaan online anda adalah sesuatu yang anda pandang serius. Walaupun perniagaan anda baru saja bermula dan masih secara kecil-kecilan, dengan modal yang kecil, anda mampu memiliki nama domain ini.

4. Persaingan
Apa yang akan terjadi sekiranya pesaing anda membeli nama domain berdasarkan jenama anda? Apabila satu-satu nama domain telah dibeli, nama domain tersebut tidak lagi boleh digunakan oleh sesiapa selain pembelinya. Ada beberapa senario yang mungkin berlaku sekiranya anda lewat bertindak dan nama tersebut sudah didaftar orang lain. Antaranya, anda mungkin terpaksa membeli semula nama tersebut dari mereka dengan harga yang lebih tinggi daripada harga asal.

Ataupun, lebih teruk lagi sekiranya pesaing anda menggunakan nama domain tersebut dengan dihubungkan ke laman web yang tidak sesuai seperti laman web yang menjual produk tidak wujud atau bereputasi buruk, atau laman-laman web lucah.

Membeli dan menyediakan nama domain tidaklah sesukar yang disangka. Saya membeli nama domain Studio Kenaria daripada Cynet Hosting dengan harga langganan setahun sebanyak RM35.00 sahaja. Saya telah menggunakan khidmat Cynet Hosting sejak tahun 2008 lagi. Produk yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dan anda boleh memilih custom web hosting yang sesuai dengan budget dan keperluan kita. Saya akan terangkan melalui entry yang seterusnya.

nama domain murah.


Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home