26 Aug 2014

Tips Blog: Jenis Web Hosting yang Bersesuaian.

Jika sebelum ini saya terangkan berkenaan Nama Domain, Ada satu lagi faktor yang perlu diambil kira sebelum anda memilih web host provider, iaitu jenis web hosting yang bersesuaian dengan budget dan keperluan blog anda.

jenis-jenis web hosting, tips blog, tips memilih hosting


Secara asasnya, web hosting terdapat dalam beberapa jenis atau 'pelan', seperti yang berikut.



1) Managed Hosting. 
Di bawah pelan ini, pelanggan boleh terus menyewa tempat simpanan khas (hosting) untuk menyimpan pelbagai data syarikat. Selain khidmat hosting atau simpanan data, web host provider juga akan menguruskan hardware, virus protection, software installation, dan pelbagai khidmat maintenance lain. Bermakna, pelanggan, walaupun masih mengawal akaun masing-masing, boleh meminta provider untuk menguruskan hosting server yang disewa.

2) Shared Hosting.
Jika budget agak terhad, pelanggan boleh memilih untuk menyewa jenis hosting yang paling minima, selalunya di bawah pelan shared hosting. Pelan ini biasanya menawarkan saiz penyimpanan yang paling minima dan sangat sesuai bagi laman web yang tidak terlalu kompleks dan jumlah akaun email yang sangat kecil.

3) Dedicated Server 
Jika pelanggan mempunyai kemampuan dari segi kewangan dan memerlukan tapak simpanan data yang lengkap dengan mesin server fizikal, anda boleh memilih untuk menyewa unit mesin hosting server yang khas. Unit Server ini akan diperuntukkan khas untuk anda tanpa dikongsi dengan mana-mana pelanggan lain. Segala tugasan penyelenggaraan hardware, virus protection, pengurusan system, penyelenggaraan keselamatan, dan pelbagai lagi adalah diuruskan sepenuhnya oleh hosting provider.

4) Virtual Dedicated Server
Ianya hampir sama dengan Dedicated Server tetapi tanpa unit server fizikal yang dikhaskan untuknya seorang. Jadi pelanggan hanya perlu membayar kadar yang lebih rendah.

5) Server Co-location
Bagi syarikat-syarikat besar, server co-location adalah praktis yang terbaru dan yang efektif untuk memastikan data atau laman-laman web syarikat sentiasa dalam kondisi yang terbaik & paling reliable. Menerusi pelan ini, syarikat tidak lagi perlu mempunyai bilik server khas dan juga para professional yang dilantik khusus untuk menjaga jabatan pengkalan data syarikat. Ia hanya perlu menyewa satu servis 'perkongsian lokasi' menerusi data centre pembekal-pembekal hosting yang dipercayai.

Memilih web host yang betul
Data centre bukan sahaja dilengkapi dengan perkakasan teknologi terkini, malahan disertai dengan tenaga professional yang berkemahiran dan cekap untuk membantu mengekalkan data anda berada dalam tahap yang optimum.

Jenis-jenis hosting di atas adalah yang paling asas dan mungkin dilabel dengan panggilan yang berlainan mengikut pelan-pelan yang ditawarkan pelbagai pembekal-pembekal hosting.

Kenapa perlu pilih jenis web hosting yang betul?

Pertamanya, anda tidak perlu berbelanja lebih dengan membayar yuran tahunan yang tinggi untuk sesuatu yang tidak digunakan. Ada web host provider yang mengenakan yuran tahunan beratus, malah ribuan ringgit setahun untuk pelbagai kemudahan yang ditawarkan. Tetapi tidak kesemua perkhidmatan yang disediakan menepati dengan keperluan kita. Jika salah memilih, anda mungkin membayar sesuatu yang langsung tidak akan anda gunakan kelak.

Ia juga untuk mengelakkan masalah teknikal yang mungkin timbul sekiranya kriteria web hosting tidak menepati dengan jenis blog. Bagi laman blog atau web yang banyak menggunakan grafik dan gambar, beberapa aspek web hosting seperti had bandwidth perlu anda titikberatkan. Jika trafik tinggi dan had bandwidth telah mencapai had maksimanya, pelawat laman blog atau web akan mengalami kesukaran untuk melayarinya.

Maka, adalah agak penting pemilihan web hosting yang bersesuai dengan keperluan agar tidak timbul isu-isu yang mungkin boleh memberi masalah kepada laman web/blog anda kelak.

Labels: ,

14 Dec 2013

Tips Blog: Kepentingan Nama Domain

Alhamdulillah, laman blog Studio Kenaria kini sudah boleh dilawati melalui nama domain www.studiokenaria.com atau studiokenaria.com. Sebagaimana laman blog Artchetak, nama domain Artchetak.com telah saya beli sejak awal-awal saya berblog. Dan setelah laman web siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas, nama domain Artchetak.com saya pindahkan pautannya kepada laman web kami itu.

Apa itu nama domain?
Penting ke penggunaan nama domain?

studiokenaria, studio kenaria, maksud domain


Klik untuk artikel penuh »

Labels:

12 Dec 2013

Tips Grafik: Makna & Penggunaan Rule of Thirds

Samada anda perasan atau tidak, objek utama dalam foto hasil bidikan jurugambar-jurugambar, kebanyakannya berada off-center, atau tidak betul-betul berada di tengah-tengah gambar. Komposisi begini adalah amalan biasa, bukan sahaja dalam fotografi, malahan boleh diaplikasi kepada rekaan grafik, blog dan pelbagai lagi.



Sebelum ini, saya ada memperkenalkan White Space, dan kepentingannya dalam menghasilkan karya grafik yang lebih menarik. Kali ini, saya akan berkongsi pula konsep Rule of Thirds.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: ,

8 Dec 2013

Tips Mudah SEO Untuk Blog.


Semasa saya mula kenal dunia blog, saya langsung tidak ada sebarang mentor atau guru yang membimbing cara berblog yang betul. Istilah SEO juga masih baru pada saya. Walaupun terdapat banyak sumber yang memberi khidmat penyediaan SEO tetapi kita perlu membayarnya. dan dengan modal yang terhad sudah tentu saya tiada pilihan selain membuatnya sendiri. Jadi saya usahakan dengan mencari bahan bacaan sebanyak mungkin melalui carian internet dan juga melalui perbincangan dengan suami.

Dan saya akan kongsikan beberapa tips mudah SEO yang saya kumpul dan telah saya gunakan untuk blog Studio Kenaria. Pesanan saya buat rakan-rakan blogger WAHM supaya jangan takut dengan SEO. Dan juga jangan pandang rendah pada kepentingannya. Jika anda mahu terjun ke dunia blog, anda perlu jadikan SEO sebagai sahabat baik anda. Kerana dengan bantuan SEO yang betul, anda akan dapat memperbaiki kedudukan dalam paparan carian search engine, tidak kira samada Google, Yahoo, Bing atau lain-lain lagi. Kenapa nak kedudukan yang baik? Jawapannya mudah saja. Kita mahukan kuantiti traffic atau kuantiti pengunjung yang lebih banyak. Sekiranya anda menggunakan blog sebagai medium perniagaan, jumlah pengunjung yang besar ini penting, kerana sebahagiannya adalah bakal-bakal pelanggan kita.


Klik untuk artikel penuh »

Labels: , ,